PENGERTIAN KORBAN

Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.

Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.

Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.

Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.

DALIL-DALIL MENGENAI KORBAN

i. DALIL AL-QURAN

Firman allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Maksudnya ;

“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)

ii. DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN

Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;

Maksudnya;

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”

Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”

Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”

Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

(Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)

iii. DALIL IJMA’ ULAMAK

Para ulamak Islam telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan amalan yang paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Eidul Adha, di mana binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah, sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;

“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.” (Surah As-Soffaat : ayat 107)

HUKUM IBADAH KORBAN

Sebahagian ulama berpendapat bahawa korban itu hukumnya wajib, manakala sebahagian yang lain menganggapnya sebagai sunnah.

Alasan yang mengatakan amalan korban itu adalah wajib berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan korban adalah suatu amalan sunnah adalah berpandukan hadis Nabi SAW;

Maksudnya;

“Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyatakan;

Maksudnya;

“ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.” (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)

Berdasarkan hadis di atas, ibadah atau amalan korban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya.

Terdapat sat Athar sahabat (hadis mengenai sahabat Nabi) bahawa Abu bakar dan Umar, pernah tidak melakukan ibadah korban, sehingga apabila ditanya oleh orang ramai mengenai tindakan mereka berdua itu, maka mereka berdua menyatakan bahawa mereka bertindak demikian kerana khuatir sekiranya mereka berkorban, orang ramai akan menganggapnya sebagai satu amalan wajib, sedangkan asalnya tidak diwajibkan ke atas mereka. (Hadis riwayat Al-Baihaqiy dan lain-laiannya dengan sanad yang baik)

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah. Dalam Mazhab Imam Abu Hanifah, amalan tersebut dianggap sebagai ibadah wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan daripada ‘fardhu’ dan lebih berta daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara Fardhu dengan wajib, tidak sebagaimana imam-imam yang lain).

Hukum wajib di sini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dianggap berdosa sekiranya mereka terdiri daripada golongan yang berkemampuan dan berkedudukan. Rasulullah pernah ditanya mengenai amalan qurban tersebut, lantas baginda menjawab;

“Itulah sunnah daripada bapa kamu, Ibrahim…” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Al-Hakim)

Sehubungan denga itu, ibadah korban dikira sama ada Sunnah Muakkadah atau wajib. Mazhab lain, selain Imam Abu Hanifah menghukumkan ‘makruh’ jika seseorang yang mempunyai kemampuan tetapi tidak melakukan ibadah korban.

Menurut Mazhab Imam As-Syafi’ie, hukumnya adalah ‘Sunnah muakkadah’ iaitu sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masih hidup. Baginda dilaporkan pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri yang besar bagi dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu untuk berkorban.

Namun begitu kebanyakan ulamak berpendapat ibadah korban adalah amalan yang sunnah sahaja. Seseorang itu tidak akan dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah melakukan ibadah korban seumur hidupnya. Jika dia tidak berkorban, lantaran tidak berkemampuan, anggaplah bahawa nabi terlah berkorban bagi pihak umatnya.

Berpandukan kepada amalan korban yang dilakukan oleh Rasululah SAW yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak dirinya, keluarga dan umatnya, maka para ulamak berpendapat adalah memadai jika seseorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.

Bagi yang mampu digalakkan memilih binatang ternakan yang terbaik, sihat dan gemuk. Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyembelih korban dengan dua ekor kibas yang terbaik dengan tangannya sendirinya dengan membaca ‘Bismillah’ dan ‘Bertakbir’ dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibas tersebut.

HIKMAH DI SEBALIK PENSYARIATAN IBADAH KORBAN

1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.

2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang ytercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.

3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.

4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;

Maksudnya;

“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.”

(Surah al-Haj : ayat 32)

5. Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.

6. Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah.

7. Untuk memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan, mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.

8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.

SYARAT KORBAN DAN BINATANG YANG DIKORBANKAN

1. Binatang yang hendak dijadikan qurban itu, hendaklah dari binatang yang tidak cacat seperti pincang, sangat kurus, sakit, terpotong telinganya, terpotong ekornya. Umur yang disarankan bagi binatang yang akan diqurbankan itu adalah seperti berikut;

i. Kambing atau domba yang telah berumur satu tahun lebih atau sudah berganti gigi

ii. Kambing biasa yang telah berumur dua tahun lebih.

iii. Unta yang telah berumur lima tahun lebih.

iv. Sapi, kerbau atau lembu yang telah berumur dua tahun lebih.

v. Sekiranya ternakan betina, pastikan ternakan tersebut tidak bunting ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap dianggap sah, jika selepas disembelih didapati  haiwan ternakan itu sedang bunting.

Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

Daripada Barra’ bin ‘Azib, Rasulullah SAW bersabda;

“ Empat jenis binatang yang tidak sah dijadikan qurban, yang rosak matanya, yang sakit, yang pincang dan yang kurus dan tidak mempunyai isi.” (Hadis riwayat Muslim)

Seekor kambing hanya untuk korban satu orang diqiaskan dengan denda meninggalkan wajib haji. Akan tetapi seekor unta, lembu, kerbau  boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian menurut pandangan Syafi’iyyah.  Sabda Rasulullah SAW;

Daripada Jabir , beliau berkata :

“Kami telah menyembelih korban bersama dengan Rasulullah SAW, pada Tahun Hudhaibiyah, seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang.” (Hadis Riwayat Muslim)

Maksudnya;

Daripada Abbbas, kami pernah bersama-sama dengan Rasululah SAW dalam satu perjalanan, ketika itu masuk hari raya qurban, maka kami bersama-sama menyembelih seekor lembu untuk tujuh orang dan seekor unta untuk sepuluh orang.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan An-Nasa’i)

2. Korban dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.

Dalam Mazhab al-Maliki ditambah dua syarat lagi, iaitu;

1. Penyembelih mestilah terdiri dari seorang muslim, oleh yang demikian tidak sah sembelihan seorang kafir yang telah diwakilkan oleh tuan korban kepadanya. sekiranya dia ahli kitab, maka harus memakan daging sembelihannya.

2. Tidak boleh berkongsi beberapa orang dalam membayar harga binatang korban, kecuali mereka terdiri daripada kaum kerabatnya yang terdiri daripada anak-anak, adik-beradik dan anak bapa saudaranya dan termasuk juga isteri atau suami dan ke semua mereka tinggal serumah dengannya.

WAKTU MELAKUKAN QURBAN

Waktu menyembelih qurban adalah bermula daripada matahari setinggi tombak, pada hari Raya Haji sehingga terbenam matahari pada 13 bulan Zulhijjah.

Sabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa yang menyembelih korban sebelum solat Hari Raya Haji, sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri dan barangsiapa menyembelih korban sesudah solah Hari Raya dan dua khutbahnya, sesungguhnya dia telah menyempurnakan ibadahnya dan telah menepati sunnah atau aturan umat Islam.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Maksud ‘Solat Hari Raya Haji’ dalam hadis di atas adalah waktunya, bukannya solatnya, kerana mengerjakan solat tidak menjadi syarat kepada sembelihan korban.

Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

“Semua hari tasyrik (iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah), adalah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih qurban.” (Hadis riwayat Ahmad)

PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA MENYEMBELIH KORBAN

1. Menurut Mazhab Hanafi, sunat bagi orang yang hendak berkorban mengikat binatang yang akan dikorbankannya beberapa hari sebelum hari korban, untuk menunjukkan bahawa ketika bersedia untuk melakukan ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah dan menzahirkan rasa bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Di samping itu juga dimakruhkan sekiranya kita menggunakannya untuk menunggang, mengambil susunya, bulunya dan sebagainya.

2. Sunat disembelih sendiri oleh mereka yang berkorban, kerana boleh mendekatkan dirinya kepada Allah.

3. Sunat dihadapkan binatang yang akan disembelih ke arah kiblat, sepertiman yang dilakukan oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadis Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh semua imam.

4. Sunat kepada orang yang berkorban menyaksikan binatang korbannya, sepertimana Rasulullah SAW berkata kepada Fatimah:

Maksudnya;

Daripada Imran bin Husain, Rasulullah SAW bersabda;

“Bangunlah menuju tempat binatang korbanmu dan saksikanlah, kerana ia akan menyebabkan dosamu terampun bagi setiap titisan darah yang tumpah, bagi setiap satu dosa yang pernah engkau lakukan…” (Hadis riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqiy dan At-Tabraniy)

1. Membaca Basmalah (Bismillahirrahmani rrahim) sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir menyatakan bahawa kami telah menunaikan solat al-Adha bersama Rasulullah SAW, selepas selesai daripada solat tersebut, dibawa dihadapan baginda seeokor kibas, maka baginda menyembelihnya dan baginda membaca;

Maksudnya;

“ Dengan nama Allah dan Allah Maha besar, Ya Allah ini adalah (korban) dariku dan daripada mereka yang tidak mampu untuk berkorban dari kalangan umatku.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmizi)

2. Membaca salawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
3. Takbir (Menyebut Allahu Akbar)
4. Mendo’akan agar sembelihan tersebut diterima oleh Allah, seperti berkata “ YA Allah, ini adalah amalan yang Engkau perintahkan supaya aku kerjakan keranaMu, terimalah amalku ini)
5. Binatang yang disembelih itu hendaklah dihadapkan ke arah kiblat di atas rusuk kirinya, sekiranya binatang tersebut terdiri daripada lembu dan kambing.Sabda Nabi SAW;

Maksudnya;

Daripada Anas bahawa Rasulullah SAW telah melakukan korban dengan dua ekor kambing yang baik-baik, beliau menyembelihnya sendiri, beliau membaca bismillah dan beliau bertakbir.” (Hadis riwayat Bukhari danMuslim)

Ketika melakukan korban Rasululah membaca;

Maksudnya;

“Ya Allah terimalah kurban Muhammad, ahli kelurganya dan umatnya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

1. Memastikan bahawa binatang yang akan dikorbankan itu terdiri daripada binatang yang terbaik dari semua sudut, kerana binatang tersebut merupakan korban untuk mendapat ganjaran di akhirat.

2. Memastikan alat yang digunakan untuk menyembelih terdiri daripada alat yang tajam yang diperbuat daripada besi.

3. Menunggu sebentar selepas menyembelih sehingga binatang tersebut dipastikan benar-benar telah mati.

4. Menurut pandangan Mazhab Syafi’e, Malikiy dan sebahagian daripada Mazhab Hambali, disunatkan kepada mereka yang ingin melakukan ibadah korban, apabila masuknya hari ke sepuluh daripada bulan Zulhijjah, supaya tidak mencukur rambut dan memotong kuku sehinggalah selesai ibadah korban. Pendapat ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

“ Sekiranya kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu mahu melakukan korban maka biarkan (jangan dipotong) rambut dan kuku-kukunya.” (Hadis diriwayatkan oleh semua Imam kecuali Bukhari)

PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN
1. Terdapat dua pandangan

i . Jumhur Fuqahak (Mazhab Hanafi, Malikiy dan Hambali)

Menurut Mazhab Hanafi, harus memakan daging korban yang disunatkan, manakala korban nazar atau korban wajib diharamkan untuk memakannya.

Menurut Mazhab Malikiy dan Hambali pula memakan daging korban nazar dibolehkan sama seperti korban sunnah dan disunatkan supaya mencampurkan kedua-dua korban tersebut sama ada untuk dimakan, disedekahkan dan dijadikan sebagai hadiah. Namun begitu mereka menghukumkan makruh sekiranya kita memakan atau menyimpan kesemua daging tersebut melebihi tiga hari.

1.
1. Mengikut amalan sunnah (terutama Mazhab Hanafi dan Hambali) dalam pembahagian daging korban ialah 1/3 untuk diri dan keluarga, 1/3 untuk kaum kerabat, teman-teman, jiran tetangga walaupun mereka terdiri daripada golongan kaya, manakala 1/3 untuk golongan fakir dan miskin.  Kenyataan ini berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;

“ Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lain) berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang sengsara lagi fakir.” (Surah Al-Haj : Ayat 28)

FirmanNya lagi;

Maksudnya;

Dan berilah makan kepada orang yang redha dengan apa yang ada pada dirinya (orang yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta-minta.” (Surah Al-Haj: ayat 36)

Namun begitu, sekiranya disedekahkan ke semuanya kepada orang lain, terutama fakir miskin, maka dianggap lebih baik dan sempurna. Walau bagaimanapun digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarganya sebagai ‘Tabarruk’ (mengambil bekat dari ibadah korban tersebut).

Tambahan : Menurut Mazhab daging korban juga boleh diberikan kepada orang-orang yang bukan Islam, terutama mereka yang diharapkan akan memeluk agama Islam, selepas pemberian tersebut, untuk menunjukkan kebaikan dan pengiktirafan Islam kepada mereka sebagai manusia.

BEBERAPA KESILAPAN DALAM IBADAH KORBAN

1. Ada beberapa golongan masyarakat yang melakukan kesilapan dengan melakukan ibadah korban pada malam hari raya. Amalan ini tidak menepati sunnah dan sekiranya dilakukan juga, sembelihan tersebut tidak dikira sebagai ‘Ibadah Korban’, kerana para ulamak mengaggap perbuatan tersebut sebagai ‘Makruh’.

2. Begitu juga dalam masalah pembahagian daging korban. Masih ada amalan di mana daging yang telah dikorbankan dibahagi kepada tujuh bahagian, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala, bahagian rusuk, batang pinang) diperuntukkan atau dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Tindakan ini sama sekali tidak dibenarkan, kerana setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh dijadikan sebagi upah. Sekiranya kita masih ingin memberikan upah kepada tukang sembelih, pihak yang berkongsi korban, boleh membayar lebih sedikit daripada harga sebenar binatang korban dan menyerahkan lebihan wang tersebut kepada tukang sembelih.

3. Melaksanakan ibadah korban dengan tujuan untuk menunjukkan kepada orang ramai akan kemampuan dirinya untuk melakukan korban, supaya dengan itu mereka akan dipandang mulia, dihormati dianggap sebagai orang yang hebat di sudut kemampuan kewangan, sedangkan dia sepatutnya insaf bahawa hanya korban yang disertakan dengan keikhlasan dan ketaqwaan sahaja yang diterima di sisi Allah. Firman Allah SWT;

Maksudnya;

“Daging-daging korban dan darahnya itu, sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, akan tetapi (keikhlasan) yang lahir dari ketaqwaan darimulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah memudahkan bagimu (binatang korban itu) untuk kamu supaya kamu mengagongkan Allah lantaran petunjukNya kepadamu dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.”

(Surah al-Haj : ayat 37)

4. Pembaziran daging korban. Di mana terdapat daging korban yang lambat diagih-agihkan menyebabkan daging tersebut menjadi busuk. Di samping sikap sebahagain daripada kita yang terlalu tamak menghimpunkan daging korban, tetapi akhirnya menjadi busuk dan rosak, apabila ruang peti ais rumah kita tidak mampu memuatkan semua daging korban yang kita bawa pulang.

5. Pembahagian daging korban yang hanya ditentukan kepada kumpulan-kumpulan atau puak-puak tertentu sahaja, dengan mengenepikan hak orang lain terutama yang tinggal sejiran, sekampung atau setaman dengan kita.

6. Kedatangan ke masjid, ke surau atau ke tempat sembelihan, semata-mata untuk mendapatkan bahagian dari pembahagian daging korban, namun begitu tidak mensyukuri nikmat Allah setelah memakan dan menikmati daging korban tersebut, dengan cara melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Malah ada di antara mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke suarau dan ke masjid atau bermuamalah dengan penduduk setempat.

SILA RUJUK :

1. Al-Quran dan terjemahannya

2. Al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuha : Dr. Wahbah Az-Zuhailiy

3. Fiq As-Sunnah : Syeikh Sabiq

4. Tarbiyatul Aulad : Dr. Abdullah Nasih Ulwan

5. Al-Fiqh al-Islamiy : Haji Sulaiman Rasyid

6. Tuntutan Qurban : Prof. Dr. T.M Hasbi As-Siddiqiy

7. Hukum Qurban dan Sembelihan : Kiyai Haji Abdurrahman

BEBERAPA KISAH LUCU BERIKTIBAR YANG PERLU KITA


                                     Pengenalan Panitia Pendidikan Islam
Panitia Pendidikan Islam merupakan salah satu organisasi dalam pengurusan kurikulum sekolah khususnya dalam memantapkan perlaksanaaan dan keberkesanan Pendidikan Islam. Panitia  Pendidikan Islam ditubuhkan atas arahan surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 / 1986.


Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan soleh, harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah swt untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap kesejahteraan ummah.


Matlamat
Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.

Objektif
Setelah mempelajari Pendidikan Islam Bersepadu Sekolah Menengah murid dapat :-
1. Membaca ayat-ayat terpilih daripada al-Quran dengan betul, fasih, mahir dan bertajwid, untuk memperkukuhkan minat dan amalan membaca al-Quran.
2. Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih untuk menambah bacaan dalam solat dan amalan ibadah harian.
3. Memahami maksud beberapa ayat al-Quran dan Hadis yang dipelajari serta menghayati pengajarannya sebagai sumber hukum dan panduan mukmin.
4. Memantap keyakinan pegangan akidah Islamiah serta menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan dan menjadi benteng keagamaan.
5. Memperkukuh dan mempertingkat amalan ibadat-ibadat Fardu ‘Ain serta memahami sumbangan Fardu Kifayah sebagai kewajipan umat Islam menyumbang kepada kemajuan hidup di dunia dan di akhirat.
6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah nabawiyah, khulafa' al-rasyidin, dan tokoh-tokoh Islam sebagai asas pembentukan dan pembangunan insan yang cinta dan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara.
7. Berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai tunggak budaya bangsa yang bermaruah.
8. Membaca dan menulis Jawi melalui penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sebagai warisan amalan budaya bangsa akan terus diperkukuhkan.

Mengharapkan Haji Yang Mabrur


Allah SWT telah memfardhukan kepada hamba-Nya mengerjakan Haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Haji ertinya 'pergi' atau 'menuju'. Mengikut Hukum syarak bermaksud mengunjungi Baitullahil Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan Wukuf di Arafah, Tawaf dan Sai’e dengan syarat-syarat yang tertentu dan mengerjakan segala perkara-perkara yang wajib serta meninggalkan perkara yang dilarang di dalam ihram.

Namun kewajipan ibadah haji agak berlainan dengan ibadah-ibadah yang lainnya dari segi konsep dan kefardhuannya kerana ianya hanya diwajibkan ke atas ummat Islam yang berkemampuan  (termasuklah ada peninggalan belanja atau bekalan bagi orang yang ditinggalkan atau tanggungan) sahaja untuk mengunjungi Baitullahil Haram di Makkah. Bagi yang tidak berkemampuan dari segi perbelanjaan, kesihatan tubuh badan dan keselamatan dalam perjalanan, maka tidaklah diwajibkan untuk melakukannya. Firman Allah:

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
(Surah Al-'Imran: 97)

Mafhumnya:
"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk."



Rata-rata ummat Islam mengakui tentang kewajipan ibadat Haji yang difardhukan, jika adaummat Islam yang menentang dan mengingkari kefardhuannya maka kufurlah ia.  Walaubagaimana pun, apabila dikaitkan dengan ibadah haji ini ummat Islam dibahagikan kepadabeberapa golongan :

Pertama,  golongan yang berkemampuan untuk mengerjakan ibadah Haji sehingga mereka telah mengerjakannya beberapa kali dan berkemampuan untuk mengerjakannya beberapa kali lagi jika mereka mahu;
Kedua,  golongan yang hanya berkemampuan untuk menunaikan ibadah Haji walaupun sekali sahaja dalam hidupnya tetapi tidak berhutang, samada telah dikerjakan atau akan dikerjakan;
Ketiga,  golongan yang langsung tidak berkemampuan untuk menunaikan ibadah Haji walaupun sekali seumur hidup dengan sangat-sangat berkeinginan dan cita-citanya tetap ada;
                                                      
Keempat, golongan yang berkemampuan dari segi perbelanjaan dan seumpamanya tetapi belum lagi mengerjakan ibadat Haji dan tidak pernah terlintas untuk mengerjakannya walaupun  telah berkesempatan pergi ke tempat-tempat lain yang lebih jauh daripada itu;
Golongan yang keempat inilah yang dibimbangi akan mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al Hakim daripada Saidina Ali yangbermaksud:
” Sesiapa yang memiliki perbelanjaan yang melebihi dari keperluannya danmencukupi untuk perbelanjaan menunaikan ibadah Haji serta mempunyai kenderaan yang boleh membawanya ke Baitullah dan tidak mengerjakan Haji, maka tidak ada apa yang menghalangnya dari mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani ”


Panggilan Haji dan Keikhlasan Diri

Alangkah bertuahnya diri jika mendapat "panggilanKaabah" atau dikenali sebagai panggilan "Nabi Ibrahim" sebagaimana yang dimahukan. Bersujud syukurbukan kepalang tanda cita-cita dan niat sudah dikabulkan oleh Allah SWT untuk kita menimba sebanyak-banyak pahala yang tidak terkira ketika di Tanah Haram Makkah mahu pun di Madinah. Di dalam hal ini, niat mengerjakan haji mestilah ikhlas bermula dari keluar rumah, redha menghadapi sebarang pelbagai dugaan mahupun ujian Allah SWT dan tidak boleh berniat selain daripada Allah SWT. Secara umumnya diri tidak boleh riak.


Peringkat Ibadah Haji


Ibadah haji mempunyai empat peringkat yang berbeza:
Pertama,  Haji Mardud -  Haji yang tidak diterima olah Allah SWT lantaran kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya atau sebab-sebab yang lain yang menyebabkan hajinya tidak diterima atau ditolak oleh Allah SWT;
KeduaHaji Maqbul - Haji yang sah dan diterima oleh Allah SWT dan orang yang mengerjakan haji maqbul ini dianggap sebagai telah menunaikan perintah Allah dan telah menyempurnakan Rukun Islam yang ke lima tanpa diberi ganjaran pahala;


Ketiga Haji Makhsus - Ibadah haji yang dikerjakan oleh orang-orang  yang  tertentu yang menyempurnakan segala syarat dan rukunnya, ia bukan sahaja sekadar dianggap sah dan diterima oleh Allah SWT tetapi diampunkan segala dosanya. Haji ini termasuk ke dalam apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan Ahmad daripada Abu Hurairah yangbermaksud:

” Sesiapa yang menunaikan ibadah Haji, tidak ia melakukan keburukan dan kekejian, maka kembalilah ia seperti hari yang dilahirkan oleh ibunya ”



KeempatHaji Mabrur -  Inilah tingkatan haji yang paling tinggi dan istimewa, tidak semua boleh mendapatkannya. Haji ini bukan sahaja sekadar dianggap menunaikan kewajipan, tetapi selain daripada diampunkan segala dosanya, ia juga akan dimasukkan ke dalam syurga. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abdullah b. Abas, dan juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
والْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ
 Mafhumnya: ” Haji mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan Syurga ”

Apa Sebenarnya Haji Mabrur itu?

Setiap daripada kita yang akan ke Makkah amat bercita-cita tinggi semoga amalan haji yang dikerjakan akan dikurniai oleh Allah SWT sebagai 'Haji Mabrur'. Begitulah yang diingin dandidam-idamkan. Namun untuk mencapai tingkatan haji yang mabrur itu  tidak semudah seperti yang disangkakan tetapi tidak mustahil untuk mendapatkannya. Ia memerlukan beberapa syarat yang tertentu berdasarkan masa-masa tertentu.
Di antara kira (tidak semua orang) bagaimana sebelum haji begitulah selepas kembali daripada mengerjakan haji.  Ada pula yang sebelum pergi haji telah sedaya upaya mengenali diri sendiri dan berusaha, memperbaiki dan meningkatkan tahap ibadahnya sebagai mencorak, membawa diri ke arah perbuatan (ibadah) yang mendapat keredhaan Allah SWT. Begitu juga ada yang memikirkan dan terus menerus melakukan (ibadah) serta berdoa semoga setiap ibadah yang dilakukan benar-benar menepati ciri-ciri keikhlasan kerana ibadah yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT sahaja. Begitulah selepas kembali dari mengerjakan haji. Persoalannyaapa yang dimaksudkan dengan Haji Mabrur itu?

Ibn Kholawaih mentakrifkan al-Mabrur sebagai al-Maqbul iaitu diterima. Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan (tarjih) oleh Imam Nawawi dengan pendapatnya sebagaimana katanya: "Makna yang paling benar dan paling masyhur bagi hajimabrur ialah ibadah Haji yang tidak dicemari oleh perbuatan dosa."

Dengan merujuk kitab hadis yang mu'tabar, Imam Bukhari meletakkan bab yang khusus bertajuk ‘Kelebihan Haji Mabrur’, manakala Imam Muslim pula meletakkan perbincangan Haji yang diterima di dalam bab ‘Iman Kepada Allah Ta'ala Seafdhal-afdhal Amalan’.


Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata (Mafhumnya): Rasulullah SAW ditanya: Amal ibadah apakahyang paling utama? Nabi bersabda: "Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya." Kemudian apa? Nabi bersabda: "Jihad di jalan Allah." Kemudian apa? Nabi bersabda: "Haji yang mabrur (diterima).” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim);

Dari ‘Aisyah Radiyallahu’anha dia berkata (Mafhumnya): Ya Rasulullah! Kami berpendapat bahawa jihad adalah perbuatan baik yang paling utama, bolehkah kami wanita turutberjihad? Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Tidak begitu, jihad yang paling utama bagi wanita adalah haji mabrur." (Hadis Riwayat Al-Bukhari);


Nabi SAW bersabda (Mafhumnya), Nabi SAW bersabda (Mafhumnya), "Sesiapa yang mengerjakan ibadah haji dan dia tidak melakukan jima' dan tidak pula melakukan perbuatan dosa, dia akan bersih dari dosa-dosanya seperti pada hari ketika dia dilahirkan oleh ibunya." (Hadis Riwayat Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).



Apa Tandanya Haji Mabrur?

Secara umumnya, sebagai seorang yang ta'at kepada Allah SWT dan Rasulnya yang ingin mencapai haji yang diterima di sisi Allah SWT, hendaklah memenuhi kriteria berikut:


Pertamanya,  niat menunaikan haji hendaklah bersih, tulus dan ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah SWT seperti perasaan riak iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan Allah SWT. 

Malah, Rasulullah SAW mengajar kita dengan doa yang telah sabit di dalam hadisnya, antaranya doa ketikabermusafir (Mafhumnya):
“Ya Allah, Engkaulah Empunya permusafiran ini, dan khalifah bagi (menjaga) keluarga (ku), aku berlindung dengan-Mu dari keburukan permusafiran, kekaburan penglihatan, keburukan pada harta dan keluarga“.



Keduanya, semua perbelanjaan (harta) haji adalah berpunca dengan biaya dari nafkhah dan usaha yang halal. [1] 
Rasulullah Sallallahu'alaihi wasohbibihi wasallam ada menyebut:

إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا
Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik-baik (dan sesungguhnya Allah menyuruh orang mukmin mengikut apa yang diperintahkan oleh para utusan Allah") (Hadis Sohih Muslim ra.);

Persiapan biaya perbelanjaan ada kalanya tidak terlepas daripada transaksi bank yang mengamalkan riba', atausebagainya, yang menyebabkan biaya tidak halal.Sekiranya ini berlaku maka Ibnu Rajab ada mengucapkan sebuah syair yang berbunyi:
Jika anda haji dengan harta tak halal asalnya,
Maka anda tidak berhaji, yang berhaji hanya rombongan anda,
Allah tidak terima kecuali yang halal saja,
Tidak semua yang haji mabrur hajinya.


Kemudian Baginda SAW membacakan ayat al-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ
 إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
(Surah al-Baqarah 172).
Mafhumnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya".

Kemudian Rasulullah membacakan lagi:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ
 Mafhumnya:  “Wahai orang yang beriman, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dari apa yang kami rezekikan kepada kamu”.


Kemudian disebut, seorang lelaki bermusafir menadah tangan ke langit seraya berkata:  
Ya Tuhanku’ sedangkan punca makanan dari yang haram, minuman punca yang haram,pakaiannya punca yang haram. Bagaimana ia boleh diterima?”.

Ketiganya,   hendaklah melakukan fardu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang soheh.
Bermula dengan niat sehinggalah Haji Wada’ telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW di dalamSunnahnya. Sebagai seorang Muslim yang sejati, kita wajar meneladani Baginda SAW tanpa menambah ibadat yang tidak pernah dan menyalahi kehendak syarak.

Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa pelbagai pertikaian. Malahan Syaidina Ali Radiyallahu’anh ketika ditanya perbuatannya mencium Hajarul-Aswad, maka beliau menjawab
 
Kau hanya sebuah batu yang tidak mampu membawa mudarat dan faedah, kalau bukan kerana aku lihat Rasulullah mengucupnya, sudah tentu aku tidak  mengucupnya. (MuttafaqunAlaih).


Ini jelas menunjukkan kita melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa menokok tambah berdasarkan akal semata-mata.










Semua rukun haji dan wajib haji hendaklah dikerjakan dan disempurnakan dengan keikhlasan hati  dan baik (yang seiring dengan majunya zaman semakin sulit untuk dijaga), dan semua larangan semasa di dalam ihram hendaklah sentiasa diingati dan dipatuhi. Jika berlaku kesalahan kecil (bukan menyebabkan haji rosak) yang memerlukan dibayar dengan dam, maka hendaknya segera melakukan(menyempurnakan) dam yang telah ditentukan mengikut kesalahan yang dilakukan (rujuklah pegawai-pegawai agama yang berhampiran dengan kita semasa di Makkah). Mari kita renungkan perkataan Syuraih al-Qadhi, Yang (benar-benar) berhaji sedikit, meski jemaah haji banyak (ramai). Alangkah banyak (ramai) orang yang berbuat baik,tapi alangkah sedikit yang ikhlas kerana Allah. 

Sepanjang pekerjaan haji, amal perbuatan hendaklah dipenuhi dengan banyak amalan baik, seperti zikir, solat di Masjidil Haram, solat pada waktunya, dan membantu teman seperjalanan.  Ibnu Rajab berkata, “Maka haji mabrur adalah yang terkumpul di dalamnya amalan-amalan baik, dengan menghindari perbuatan-perbuatan dosa."[2]   Di antara amalan khusus yang disyariatkan untuk meraih haji mabrur adalah bersedekah dan berkata-kata baik selama mengerjakan haji. Dalam hal ini, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanya tentang maksud haji mabrur, maka Baginda SAW menjawab:

إِطْعَامُ الطَّعَامِ وَطِيبُ الْكَلاَمِ
Mafhumnya: “Memberi makan dan berkata-kata baik.” [3]



Keempat,  tidak berbuat maksiat selama ihram.  Maksiat dilarang dalam agama kita dalam semua keadaan. Semasa di dalam  Ihram, banyak pantang larang telah disenaraikan, di mana larangan tersebut menjadi lebih tegas, dan  jika dilanggar, maka haji mabrur yang diimpikan akan lepas begitu sahaja.

Di antara yang dilarang semasa mengerjakan haji adalah rafaths, fusuq dan jidal. Allah SWT berfirman:
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلاَ رَفَثَ 
وَلاَ فُسُوقَ وَلاَ جِدَالَ فِي الْحَجِّ
(Surah Al-Baqarah: 197)
Mafhumnya: “(Musim) haji adalah beberapa bulan yang diketahui, barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan-bulan itu untuk mengerjakan haji, maka tidak boleh rafaths, fusuq dan berbantah-bantahan selama mengerjakan haji.”  

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ حَجَّ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ
(HR. Muslim (1350) dan yang lain, dan ini adalah lafaz Ahmad di Musnad (7136) )
Mafhumnya: “Barang siapa yang haji dan ia tidak melakukan jimak dan tidak melakukan dosa, ia akan kembali pada keadaannya saat dilahirkan ibunya.” 

Jimak (Rafaths) adalah semua bentuk kekejian dan perkara yang tidak berguna. Termasuk di dalamnya bersetubuh, bercumbu atau membicarakannya, meskipun dengan pasangan sendiri selama ihram.

Perbuatan dosa (Fusuq) adalah keluar dari ketaatan kepada Allah, apapun bentuknya. Dengan kata lain, segala bentuk maksiat adalah fusuq yang dimaksudkan dalam hadis di atas.

"Jidal" adalah berbantah-bantahan secara berlebihan.[4]

Ketiga-tiga hal tersebut dilarang semasa di dalam ihram. Adapun di luar waktu ihram, bersetubuh dengan isteri adalah dibolehkansedangkan larangan yang lain tetap tidakbolehDemikian juga, orang yang ingin hajinya mabrur harus meninggalkan semua bentuk dosa selama perjalanan ibadah haji, baik berupa "Syirik", bid’ah mahupun maksiat.

Selain itu yang paling penting ketika melakukan ibadah haji ialah perlu menjaga adab-adab sesama manusia yang lain dengan cara selalu menjaga, menghormati, tidak melakukan maksiat, tidak bertengkar sesama jemaah haji lainnya, menghargai serta saling menjunjung tinggi martabat manusia dengan ertikata lain tahan, tabah dan sabar menghadapi sebarangujian Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW (Mafhumnya): “Tidak akan berhasil bagi orang yang melaksanakan ibadah haji ke Tanah Suci jika tidak membawa tiga hal; (1) sikapwara’ yang membendung dirinya melakukan yang diharamkan, (2) sikap sabar yang dapat meredakan amarah, (3) dan bergaul baik dengan sesama manusia”.

Kelima, di antara tanda-tanda lain pula adalah jika orang yang berhaji itu kembali dalam keadaan pengamalan agamanya lebih baik daripada sebelum berangkat, iaitu dia kembali dalam keadaan bertaubat  dan sentiasa bertaubat kepada Allah SWT, beristiqomah (konsisten) dalam menjalankan ketaatan-ketaatan kepada-Nya dan terus-menerus dalam keadaan seperti itu. Dengan begitu, pekerjaan hajinya menjadi titik tolak kehidupan yang lebih baik sebagaimana berikut:
          -          sentiasa berusaha ke arah kebaikan dengan memperbaiki diri untuk lebih sempurna dengan sentiasa menilai dan memperbaiki akhlak, kelakuan dan perbuatan dari masa ke semasa; 
         -         sentiasa segera bertaubat sekiranyatelah merasakan diri  ada melakukan kesalahan atau kesilapan;  
         -         sentiasa berusaha ke arah memiliki hati yang lebih lembut dan bersih darisebarang noda dan dosa dengan menjauhkan perkara-perkara mungkar yang dilarang Allah SWT;
           -         sentiasa berusaha mencari dan memperbanyakkan ilmu dan amal  soleh yang lebih mantap untuk meningkatkan iman dan ketaqwaan yang kemudiannya di"istiqomah"kan kepada jalan kebaikan;  dan
            -          sentiasa menjadi peringatan diri untuk memperbaiki jalan hidup sehinggalah ke akhir hayat. 
(Al-Muntaqa min Fatawa Syaikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan II/145).


Bagi orang yang hajinya mabrur, mereka menjadikan ibadah haji yang telah dilaluinya sebagai titik tolak untuk membuka lembaran baru dalam mencari keredhaan Allah SWTMereka akan semakin mendekatkan dirinya ke akhirat dan menjauhi dunia fantasi yang penuh tipu daya syaitan laknatullah.  Al-Hasan al-Bashri mengatakan, “Haji mabrur adalah pulang dalam keadaan zuhud terhadap dunia dan mencintai akhirat.”[5] Ia juga mengatakan, “Tandanya adalah meninggalkan perbuatan-perbuatan buruk yang dilakukan sebelum haji.”[6] 

Ibnu Hajar al-Haitami mengatakan, “Dikatakan bahwa tanda diterimanya haji adalah meninggalkan maksiat yang dahulu dilakukan, menggantikan teman-teman yang buruk menjadi teman-teman yang baik, dan menggantikan majlis kelalaian menjadi majlis zikir dan kesedaran.”[7]

Keta'atan kepada Allah SWT menjadi intipati kepada kemabruran haji dengan sentiasa melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang-Nya.  Di dalam bab solat misalnya, menjaga solat waktu dengan membiasakan diri bersolat secara berjemaah adalah menjadi keutamaan yang perlu dikerjakan dengan segera sebaik-baik sahaja masuk waktu atau mendengar laungan sebagai tanda peringatan  ("mengingati Allah adalah lebih baik daripada yang lain - urusan dunia)". Sekiranya sedang mempengerusikan mesyuarat maka ditangguhkan mesyuarat dengan mengajak ahli mesyuarat bersolat bersama. Begitu juga halnya dengan puasa di bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat, kesemuanya dilakukan dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT. Perkara-perkara yang dilarang seperti mengumpat, mengeji, mengherdik, riak, takabbur dan sebagainya perlu terus dijauhkan.  Setiap masa setiap ketika, diri kita adalah milik Allah SWT, maka hormatilah setiap anggota badan yang dipinjamkan itu. Mengambil satu contoh (bagi orang lelaki) iaitu ketika hendak membuang air kecil, maka jagalah adab-adabnya. Janganlah kencing dengan berdiri. Jika tidak meninggalkannya dan itulah  yang suka diamalkan, maka  sentiasalah melakukan dosa besar, bagaimanalah hendak mendapatkan ganjaran haji yang mabrur ... Begitu juga dengan perbuatan-perbuatan  yang mengundang dosa besar yang lain yang perlu dielakkan sama sekali. Jauh sekali melakukan "Syirik"na'uzubillahiminzalik.


Kemudiannya, selepas mengerjakan haji, di musim-musim seterusnya berusaha pula melakukan umrah. Antara umrah ke umrah yang dilakukan, maka Allah SWT akan mengampunkan dosa yang baharu. Kemudian di musim-musim haji seterusnya akan berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak berkemampuan menunaikan haji. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW bilamana ada seorang wanita telah datang dan bertanya kepada Rasulullah SAW “Ya Rasulullah, sesungguhnya emakku telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi tidak ditunaikan sehingga dia meninggal dunia, adakah aku perlu menunaikan hajinya? Sabda Rasulullah: Ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah kau lihat jika emakmu berhutang engkau akan membayarnya? Jawab wanita itu: Ya. Sabda Nabi: Begitu juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah lebih layak dilunaskan (hutangnya)“.
(Sahih Bukhari No Hadis 1720, 6771).


Perkara-perkara di atas disepakati oleh guru-guru mursyid  menyebutkan secara umum 40 sebab-sebab haji atau umrah tidak mabrur:

1. Kurang mendalami ilmu  ibadah haji atau umrah;

2. Menderhaka atau mengabaikan ibu-bapa;



3. Sumber kewangan yang digunakan untuk mengerjakan haji atau umrah tidak jelas (adanya unsur-unsur yang menjejaskan kebersihan kewangan yang digunakan);


4. Pernah rosak aqidah dan sangat mengabaikan ibadah;


5.  Masih atau terus mengamalkan perkara-perkara khurafat dan kepercayaan karut;

6.  Kurang mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW di dalam mengerjakan haji atau umrah;

7.  Mengerjakan haji atau umrah dalam keadaan yang terlalu uzur;

8.  Kurang solat berjemaah semasa haji atau umrah;
9.  Panjang angan-angan;

10. Berat tulang, tidak suka tolong menolong sesama jemaah semasa mengerjakan haji atau umrah;


11.  Suka membeli-belah dan tawar-menawar semasa mengerjakan haji atau umrah.Dengan ertikata panggilan haji atau umrahnya adalah panggilan daripada Iblis Laknatullah, bukan panggilan Nabi Ibrahim as.;


12. Sombong dan bangga diri semasa mengerjakan haji atau umrah;

13.  Suka mementingkan diri sendiri sama ada semasa atau selepas mengerjakan haji atau umrah;


14.  Suka bertengkar, bergaduh dan panas baran semasa atau selepas mengerjakan haji atau umrah;


15.  Tidak menghayati khutbah Arafah;

16.  Wanita keluar seorang diri semasa mengerjakan haji atau umrah;
17.  Tidak senonoh semasa di dalam di dalam ihram;
18.  Malas bertalbiah;
19.  Tidak mahu bertaubat dan menyesali kesalahan;
20.  Mengabaikan perlaksanaan dam;
21.  Kehilangan sopan santun dan mengabaikan akhlak mulia;
22.  Tidak menutup aurat setelah mengerjakan haji atau umrah;
23.  Melakukan ibadah dengan was-was;
24.  Kurang berdoa atau berzikir;
25.  Melawan peraturan yang mempermudahkan urusan;

26.  Tidak merujuk kesulitan menunaikan ibadah kepada orang yang benar-benar tahu dan berpengalaman;

27.  Enggan solat jenazah;
28.  Suka memungut barang-barang orang lain yang tercicir;
29.  Suka meringankan atau meninggalkan solat fardhu;
30.  Tidak menunaikan solat sunat di Muzdalifah dan Mina;
31.  Gemarkan melakukan pembaziran;
32.  Membawa ajaran sesat;
33.  Mewakilkan lontaran orang yang tidak uzur syarie;
34.  Meminta penghormatan tinggi kerana hendak menjaga kedudukan;
35.  Tidak cukup tempoh bermalam di Mina;
36.  Mengabaikan Tawaf Wada';
37.  Mengabaikan amanah dan tanggungjawab utama;
38.  Tidak cukup tempoh melakukan ibadah haji;
39.  Menghisap rokok semasa atau selepas haji atau umrah;
40.  Kembali menjadi jahiliyyah.


Adakah Haji Mabrur Menghapuskan Dosa Yang Besar?

Imam Al-Munzir antara yang berpendapat mengatakan bahawa haji yang diterima diampunkansekali gus dosa yang besar. Begitulah yang diharapkan sekembalinya kita ke tanah air sesuai dengan mafhum hadis Nabi SAW sebagaimana berikut:

Sesiapa yang menunaikan haji, kemudian tidak melakukan maksiat/dosa dan tidak fasiq, kemudian dia kembali seolah-olah seperti bayi yang dilahirkan oleh ibunya (suci tanpadosa).” (Hadis Riwayat Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).


Akhir sekali, marilah kita bersama-sama mendalami sebenar intipati fardu haji. Semoga kita tergolong di dalam golongan orang diterima hajinya di sisi Allah Ta’ala. Mudah-mudahan sekembalinya kita ke tanah air dari Makkah biarlah berdasarkan hadis di atas itu.



INTIPATI HAJI YANG MABRUR:

-        Niat menunaikan haji hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah seperti perasaan riak iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan Allah SWT;

-        Melakukan fardu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih;

-        Semua perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal, tidak subhah dan tidak haram;

-        Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya;

-        Melakukan badal haji Ibu-bapanya yang telah meninggal dunia;dan

-        Kembali dari haji dengan berkeadaan dan berusaha  mengamalkan agamanya lebih baik daripada sebelum berangkat haji dan sentiasa bertaubat kepada Allah SWT jika merasa bersalah, beristiqomah (konsisten) dalam menjalankan ketaatan-ketaatan kepada-Nya, dan terus-menerus dalam keadaan seperti itu. Dengan begitu, hajinya menjadi titik tolak baginya kepada ke arah kebaikan, dan selalu menjadi peringatan baginya untuk memeperbaiki jalan hidupnya sehinggalah ke akhir hayatnya.

Yang demikian insyallah ibadah haji yang dilakukan itu adalah haji yang mabrur (diterima) di sisi Allah SWT, Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Akhir sekali sama ada sebelum atau sesudah mengerjakan haji atau umrah marilah Menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W di Madinah. Dibawa oleh As-Suyuthi  di dalam kitab Dzail Al-Ahadits Al-Maudhu’ah no. 119, Ibnu Taimiyah & An-Nawawi r.a berkata: ‘Sesungguhnya haditsnya maudhu’ & disepakati oleh Al-Imam Asy-Syaukani.” (Lihat Silsilah Adh-Dha’ifah, 1/120), Nabi SAW bersabda:

مَنْ زَارَنِي بَعْدَ مَوْتِي، فَكَأَنَّمَا زَارَنِي فِي حَيَاتِي

Mafhumnya: “Barangsiapa yang berziarah kepadaku setelah matiku maka dia seolah-olah menziarahiku semasa hidupku.”

Wallahu'aklam.

-------------------------------------------------
Rujukan:
1.   Al-QuranulKarim;
2. Shahih Al-Bukhari, Tahqiq Musthofa Al-Bugha, Dar Ibn Katsir;
3. Shahih Muslim, Tahqiq Muhammad Fuad Abdul Baqi, Dar Ihya’ Turats;
4. Musnad Imam Ahmad, Tahqiq Syu’aib Al-Arnauth, Muassasah Qurthubah;
5. Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra, Cetakan Hyderabad, India;
6. Silsilah Al-Ahadits ash-Shahihah, Muhammad Nashiruddin Al-Albani, Maktabah Al-Ma’arif;
7.  At-Tarikh Al-Kabir, Al-Bukhari, Tahqiq Sayyid Hasyim An-Nadawi, Darul Fikr;
8. Ihya’ Ulumiddin, Al-Ghazali, Darul Ma’rifah Beirut;
9. Lathaiful Ma’arif fima li Mawasil ‘Am minal Wazhaif, Ibnu Rajab al-Hanbali, Al-Maktabah Asy-Syamilah; dan
10. Qutul Qulub, Ibnu Hajar Al-Haitami, al-Maktabah Asy-Syamilah.