Hayatilah Al-Quran

SETIAP kali al-Quran dibaca maka tersingkaplah segala sifat diri orang yang membacanya. Orang itu pun bertafakur menghayati ayat menceritakan mengenai jati dirinya sebagai insan. Apabila dia beriman dengan apa yang dibacanya, maka segala keburukan terpalit dalam diri segera mahu dibaiki.
Namun, ada yang tidak mahu mengakui kelemahan diri yang tersindir oleh ayat al-Quran. Padahal kiasan dan ulasan al-Quran begitu menusuk ke jantung hati orang yang ikhlas.
Jika ditanya bilakah agaknya anda tidak berminat lagi dengan apa-apa pun melainkan berfikir mengenai akhirat? Sudah tentu ketika dada anda memeluk al-Quran, hati mengimani dan emosi mengikut petunjuknya.
Umar al-Khatab menceritakan detik bersejarah runtuhnya tembok kekufuran oleh hembusan hidayah yang dihantar al-Quran ke jiwanya.
Umar berkata ketika dia masih kafir lagi: “Aku harus pergi ke Kaabah untuk melakukan tawaf tujuh atau 70 kali. Lalu aku pun datang ke sana untuk melakukan tawaf, aku melihat Rasulullah SAW sedang berdiri melakukan sembahyang, saat itu Baginda solat menghadap ke Syam (Baitulmaqdis) dan Baginda menjadikan Kaabah di antara dirinya dan negeri Syam. Baginda berdiri di antara rukun Hajarul Aswad dan rukun Yamani. Aku berkata dalam hati saat aku melihatnya: Demi Allah, jika malam ini aku mendengar apa yang dibaca oleh Muhammad. Jika aku sudah mendekatinya dan mendengarkan apa yang dibaca pasti aku akan mengejutkannya! Aku pun menghampirinya dari balik al-Hajar dan masuk ke dalam kain Kaabah, tidak ada jarak antara diriku dan Muhammad melainkan hanya dibatasi kain Kaabah saja. Saat aku mendengar al-Quran, hatiku mencair sehingga membuat aku menangis, sejak saat itu aku beriman.” (Kata Ata’ dan Mujahid yang dikutip oleh Ibnu Ishaq daripada Abdullah bin Abi Najih)
Mengapa susah sungguh berinteraksi dengan al-Quran? Apakah kerana ayat yang kita baca sekarang berbeza dengan ayat didengar Umar? Bukankah al-Quran tetap sama dan takkan pernah berubah sampai bila-bila? Lalu sebenarnya, di manakah kesilapan kita?
Orang yang mahir membaca belum tentu memahami rahsia ayat dibaca. Terjemahan dan tafsiran yang baik sedikit sebanyak boleh membentuk imaginasi sebenar. Namun usaha menelusuri maksud ayat seharusnya lebih diutama berbanding dengan membaca saja.
Bagaimanapun, di kalangan orang ‘ajam yang tidak memahami bahasa Arab seperti kita, ramai lebih mementingkan lagu dan irama padahal ilmu tafsir al-Quran sepatutnya mestilah lebih diutamakan.
Bagaimanakah bacaan itu boleh dinikmati tanpa sebarang penghayatan? Sedangkan penghayatan bergantung kepada tafsiran dan kefahaman. Tak hairan apabila kita membaca tetapi tidak menjiwai bacaan itu. Ia membuat diri kita kehilangan petunjuknya.
Tujuan memahami tafsir al-Quran ialah untuk mencengkam jiwa dengan teguran dan ajarannya, membentuk ilustrasi positif yang menyuntik semangat iman, mendapat inspirasi reda dan sabar ketika diuji. Mendekatkan diri kepada Allah dengan ayat peringatan, suruhan, larangan, pujian dan janji Allah, syurga dan neraka, khabar gembira dan ancaman seksa-Nya.
Ketika seseorang sudah mencapai kefahaman sempurna mengenai tafsir al-Quran, tidak mungkin dia tertawa ketika membaca ayat seksa atau lalai ketika membaca ayat amaran kerana tujuan al-Quran diturunkan ialah untuk mencengkam jiwa manusia yang lalai. Supaya ingat jalan pulang ke sisi Tuhannya dan jangan tersesat kerana tidak menggenggam petunjuk yang dibekalkan melalui al-Quran.
Sudah selayaknya orang ‘ajam bukan Arab yang tidak memahami bahasa al-Quran bertungkus-lumus menjejaki rahsia Allah melalui kalam-Nya yang mulia dengan mempelajari tafsir al-Quran. Siapa kata usaha belajar tafsir hanyalah membazir masa dan wang ringgit? Orang yang berkata sebegini sememangnya tidak memahami betapa agungnya getaran jiwa pernah dirasai Saidina Umar bin al-Khattab.
Kesilapan dilakukan manusia dalam interaksi dengan al-Quran ialah memilih ajaran lain dan meninggalkan ajaran al-Quran. Banyak benda boleh menarik perhatian manusia, terutama yang sesuai dengan kehendak nafsu melampau. Duit, kuasa, kedudukan, pangkat, perhiasan dan hiburan adalah keperluan manusia untuk tetap bertahan di belantara kehidupan akhir zaman ini.
Allah tidak pernah melarang manusia menikmati kurniaan dianugerahkan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Hanya manusia seharusnya ingat tabiat mereka yang mudah dijangkiti kelalaian apabila dibukakan pintu dunia seluas-luasnya. Ayat Allah semakin dipinggirkan, dijual pada harga murah bahkan disembunyikan untuk kepentingan diri dan golongan tertentu.
Hal ini ditegaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Kami berikan kepadanya ayat Kami (pengetahuan mengenai isi al-Quran), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang yang sesat. Dan jika Kami menghendaki, sesungguhnya kami tinggikan darjatnya dengan ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah. Maka perumpamaan seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya (juga). Yang demikian itu adalah perumpamaan orang yang mendustakan ayat kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah itu supaya mereka berfikir.” (Surah al-A’raf, ayat 175-176)
Sikap orang Yahudi membaca Kitab Taurat tetapi tergamak mencari hukum lain yang lebih sesuai dengan kemahuan nafsu mereka untuk dijadikan landasan hidup. Inilah sikap dimurkai Allah.
Suatu hari seorang Yahudi meminta Rasulullah SAW menghukum ahli keluarganya yang berzina mengikut hukuman al-Quran. Dia sengaja melakukan perkara itu dengan harapan hukum al-Quran lebih ringan daripada hukum Taurat. Selepas Rasulullah SAW menegaskan bahawa al-Quran juga menjatuhkan hukuman rejam sama seperti dalam Taurat, bangsawan Yahudi itu langsung berpaling dengan bongkak, nyata sekali mereka tidak akan pernah mengikuti mana-mana kitab Allah.
Begitu juga mereka yang memperguna al-Quran demi kepentingan diri. Contoh paling mudah, dalam bab poligami bukan main beriman tetapi bab perintah Allah yang lain tidak dipatuhi. Mengapa mahu dipisahkan elemen penting dalam al-Quran.
Sistem akidah, ibadah, jenayah dan muamalat tidak mungkin dipisah, semua sistem buatan manusia seperti sistem ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kenegaraan sudah tersusun rapi dalam al-Quran sejak berabad lamanya.
Alangkah sedihnya apabila orang Islam hanya tahu beriman dengan al-Quran setakat malam Jumaat pada majlis membaca Yasin, ketika kematian ahli keluarga atau ketika membuka kedai barunya (menggantung ayat al-Quran sebagai azimat dan tangkal).
Sementara itu akhlaknya tidak mengikuti petunjuk al-Quran, ibadahnya menyalahi aturan al-Quran, perniagaannya mengamalkan riba dan penipuan, imej dan tutur katanya tidak mewakili kesopanan tatacara al-Quran, pemikirannya diracuni fahaman orang kafir yang bertentangan dengan al-Quran. Seolah-olah dengan bangga mereka berkata: “Ambillah al-Quran jika ia menguntungkan kamu, jika tidak tinggalkan saja.”
Padahal Rasulullah SAW diberi gelaran sebagai ‘al-Quran yang berjalan’. Mereka ini sepatutnya diberi gelaran juga iaitu ‘pemanipulasi al-Quran’. Ya Allah tundukkanlah hati kami dengan al-Quran.

MARI KITA MUHASABAH DIRI

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri. 

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa. 

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya. 
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya. 
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya. 
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya. 
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya. 

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat. 

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.” 

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.” 

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri. 

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36) 

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim) 

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Selamat Menjalani Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Semoga semua calon-calon PQS Tahun ini mencapai A di dalam Peperiksaan SPM 2011.

12 Barisan Manusia.......?


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenaan iaitu:

BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

Ya Allah ampunilah dosa-dosaku samada ku sedari atau tidak. sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani......Amin

MERDEKAKAH KITA?

Telah berkata Rubie bin Amir kepada panglima utama tentera Rom,Rustam apabila Rom jatuh ke tangan Islam,
“Islam adalah agama memerdekakan penduduknya dari belenggu sembahan sesama manusia kepada sembahan Tuhan yang memiliki semua manusia,mengeluarkan manusia dari kegelapan serta kezaliman jahiliyah kepada cahaya Islam,dan mendidik manusia untuk mencintai keluasan akhirat dengan segala nikmat yang hakiki dan abadi dari mencintai kesempitan dunia yang menipu dan palsu..........”



Video Kemuliaan Ramadhan al-Mubarak


Muhasabah Ramadhan Menjelang idul Fitri 1432H


Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita. Ketika itu kaum muslim berbahagia mengucapkan kalimat takbir, tahlil dan tahmid serentak sebagai ungkapan syukur kita kepada Allah Subhanahu wa ta’ala menyambut ketibaan Syawal.

Namun ada dikalangan kita merasa sedih kerana itu. Entahkan tahun depan kita masih berpeluang menikmati kehadiran Ramadhan. Bulan dimana Allah berikan kesempatan pada kita untuk memperbaiki diri. Bulan dimana Allah Subhanahu wa ta’ala memberikan banyak kasih sayang-Nya kepada kaum muslim. Bulan dimana Allah Subhanahu wa ta’ala menjanjikan keampunan bagi orang-orang yang berpuasa,. Ampunan terhadap dosa-dosa kita sebelumnya hingga bersih seolah bayi yang baru dilahirkan.

Ampunan Allah itu hanya diberikan kepada orang-orang yang berpuasa kerana dorongan iman dan kesungguhan hati. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam:

«مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَ اْحتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبه
Siapa saja yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan landasan iman dan berniat ikhlas (bersungguh-sungguh mengharapkan redha dan pahala Allah) akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. [HR Ahmad].

Ampunan Allah seperti itu tidak layak bari mereka-mereka yang kelihatan berpuasa, menahan lapar dan dahaga. Sepertimana sabda baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam :

«رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلاَّ الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلاَّ السَّهَرُ»

Betapa banyak orang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga, betapa banyak orang yang menghidupkan malam tidak mendapatkan apa-apa kecuali kantuknya sahaja. [HR Ibn Majah].

Selain memperolehi fadhilat berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga serta mencegah diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, kita juga dianjurkan melakukan ibadah lain bagi meningkatkan ganjaran dengan tadarus, bersedekah, bantu-membantu serta tidak melalaikan tuntutan kewajipan yang lain seperti Jihad. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam serta para sahabat melakukan jihad tatkala dibulan Ramadhan biarpun dalam kesulitan. Bukankah perang Badar al-Kubra yang dimenangkan kaum muslim terjadi di bulan Ramadhan pada tahun kedua Hijriyah? Penaklukan Mekah (Fathu Mekah) juga terjadi di bulan Ramadhan. Kemenangan Salahuddin Al-Ayyubi atas pasukan perang Salib, penaklukan Sepanyol oleh Thariq bin Ziyad juga terjadi di bulan Ramadhan.

Islam adalah agama yang kaffah (menyeluruh), ajaran Islam tidak boleh dipisah-pisahkan. Tapi wajib diterima dan diamalkan secara utuh. Kesolehan tidak diperolehi dengan hanya melaksanakan ibadah ritual (mahdhah) seperti berpuasa atau solat sahaja, seorang muslim wajib tunduk pada seluruh aturan-aturan Allah secara menyeluruh.

Kaum muslim yang dimuliakan Allah Subhanahu wa ta’ala,

Ada beberapa pertanyaan yang penting yang patut kita tanyakan diri kita dengan berakhirnya Ramadhan. Apakah puasa kita berhasil ? Apakah petanda keberhasilannya ? Apakah cukup dengan selesainya kita mengkhatam Al-Qur'an 30 Juz ? Atau pada malam-malam kita yang kita isi dengan solat tarawih dan memperbanyak doa ? Apakah benar kita telah meraih al-falaah (kemenangan) ?

Apakah kita berjaya dan meraih kemenangan padahal Ramadhan kita tidak banyak berpengaruh terhadap penyelesaian masalah umat seluruhnya ? Apakah layak kita disebut berjaya sementara umat masih lagi hidup menderita. Musuh-musuh Allah, kaum kuffar, masih sahaja membunuh kaum muslimin. Penguasa-penguasa di negeri-negeri umat Islam, masih cuai dalam melindungi rakyatnya. Mereka juga tidak peduli apakah keperluan asas rakyatnya terjamin atau tidak. Bahkan penguasa-penguasa negeri umat Islam lebih mementingkan keredhaan negara-negara imperialis, meskipun harus memenjarakan, menzalimi, bahkan membunuh rakyatnya sendiri.

Hal yang sama terjadi pada parti-parti politik yang lebih sibuk bertikai, saling berebut kerusi, saling menipu demi kekuasaan dan kedudukan, juga demi harta. Kenapa umat Islam masih diliputi oleh kemiskinan dan kebodohan. Rasuah dan berbagai penyelewengan pun masih berleluasa. Bagaimana pula dengan perjudian, pornografi, pelacuran yang masih berjalan, bahkan di bulan Ramadan sekalipun? Jenayah seperti rogol, pembunuhan, pencurian dan lain-lain masih merupakan hal yang sering kita saksikan pada paparan media massa.

Negara-negara Imperialis seperti Amerika dan Britain pun bertindak sesukanya ke atas kaum muslim. Berslogankan “perang melawan terorisme”, ribuan nyawa kaum muslimin terbunuh di Iraq, Afghanistan dan negeri umat Islam lainnya. Israel dengan dokongan penuh dari Amerika Syarikat hingga saat ini tidak berhenti menghancurkan rumah-rumah kaum muslim, membunuh pemuda-pemuda Islam yang berjuang untuk membebaskan negerinya.

Tidak hanya itu, mereka merampas kekayaan kaum muslim, mengeksploitasinya dengan cara-cara licik. Akibat dari itu, negeri umat Islam yang kaya dengan kekayaan alam, tetapi penduduknya hidup miskin menderita. Apakah kesalahan atau kealpaan kita dalam hal ini ?

Kaum muslim yang dirahmati oleh Allah Subhanahu wa ta’ala

Kenapa Ramadhan kita tidak banyak memberikan pengaruh terhadap rakyat? Jawabannya adalah kaum Muslimin telah meninggalkan aspek mabda’iy atau disebut aspek ideologik yang membangun ketaqwaan sebenarnya dalam Islam. Sekarang, Islam disempitkan sekadar agama yang mengatur persoalan ibadah mahdhah (ritual) seperti berpuasa, solat atau haji. Ketaqwaan kemudian diertikan sekadar pengamalan seorang Muslim dalam aspek-aspek individual dan ritual. Negara dan jenteranya seolah-olah terlepas dari kewajiban menerapkan hukum syariat Islam secara menyeluruh. Etika sebegini menjadikan Islam tidak berperanan dalam menyelesaikan berbagai persoalan umat dan warga negara secara umum. Umat Islam telah menjadikan agamanya seperti agama lain, yakni hanya membahas tentang moral dan nasihat tanpa ada tindakan langsung yang secara praktis, yang mampu menyelesaikan berbagai persoalan kehidupan.

Bercerminkan kepada kehidupan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, wajar kalau umat Islam dahulu mendapat kemuliaan dan kejayaan di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala. Sebab Ramadhan mereka dijadikan medan untuk mewujudkan Islam sebagai agama ideologis. Agama yang mengatur seluruh aspek kehidupan manusia, menyelesaikan seluruh persoalan manusia mulai dari hal peribadi, keluarga, sosial, ekonomi, pemerintahan, politik luar negeri, hukuman dan peradilan, masalah pertahanan dan keamanan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat sangat memahami erti taqwa yang sebenarnya.

Sedangkan sekarang, kita tidak lagi menjadi masyarakat yang bertaqwa secara utuh. Padahal ketaqwaan adalah kunci dimana Allah Subhanahu wa ta’ala akan menurunkan berkah-Nya dari langit dan bumi. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa ta’ala :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى ءَامَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَاْلأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.[TMQ. al-A’raf (7): 96]

Ini bererti kita mesti memperbetulkan pencapaian target (objektif) Ramadhan kita. Apakah kita benar-benar sudah mencapai darjat hamba Allah yang bertaqwa. Sudahkah kita telah sampai pada seruan Allah Subhanahu wa ta’ala:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa  [TMQ. Al Baqarah (2):183].

Kaum muslim yang dirahmati oleh Allah Subhanahu wa ta’ala

Kata-kata taqwa, sering dilaungkan tetapi ianya menjadi khayalan ritual yang berulang-ulang tanpa difahami secara utuh dan menyeluruh oleh kaum muslim. Apa yang salah dari pemahaman dan wujud ketaqwaan kaum muslimin ketika ini ?

Perkataan taqwa berasal dari kata 'waqa' yang ertinya melindungi. Taqwa yang sesungguhnya mesti boleh melindungi seorang muslim dari amarah Allah Subhanahu wa ta’ala dan hukuman-Nya. Taqwa bererti sikap hati-hati seorang muslim untuk menjaga dirinya dari setiap perbuataan yang dikerjakan atau dia tinggalkan yang boleh mengakibatkan murka Allah menimpanya. Dengan sikap taqwa ini seorang muslim memiliki kesedaran untuk sentiasa mengingat Allah Subhanahu wa ta’ala bahawa apapun yang dia lakukan, pasti akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah Subhanahu wa ta’ala kelak.

Kesedaran itu wujud natijah dari ketertundukan kita kepada Allah Subhanahu wa ta’ala dengan menjalankan seluruh perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Allah Subhanahu wa ta’ala meminta kepada setiap orang yang mengaku beriman kepada-Nya, agar bertaqwa dengan sebenar-benarnya taqwa. Dia Subhanahu wa ta’ala berfirman:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. [TMQ. ali-'Imran (3):102].

Di dalam Tafsir Jalalain dikatakan bahawa ayat itu menuntut agar Allah ditaati dan tidak didurhakai, agar seorang mukmin bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufurinya, agar sentiasa mengingat-Nya dan tidak melupakan-Nya. Sementara Al Ustadz Muhammad Ali As-Shabuni dalam Shafwatut Tafaasiir juz I/200 mengatakan ‘haqqa tuqaatih’ maksudnya adalah dengan menjauhi segala bentuk kemaksiatan (kedurhakaan) kepada-Nya.

Jadi wujud taqwa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala adalah menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, baik dalam urusan peribadi, keluarga, masyarakat, mahupun negara. Allah Subhanahu wa ta’ala menuntut penyerahan jiwa dan raga orang-orang mukmin kepada Islam secara total, kaaffah. Dia Subhanahu wa ta’ala berfirman:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu [TMQ. al-Baqarah (2): 208].

Kaum muslim yang berbahagia…

Berpuasa adalah waktu kita melatih diri untuk sentiasa berhubungan dengan Allah Subhanahu wa ta’ala. Lapar dan dahaga yang kita rasakan semestinya mengingatkan kita bahawa kita sedang menjalankan perintah Allah Subhanahu wa ta’ala. Tapi sayang, kaum muslim sekarang ini telah men'sekular'kan ketaqwaannya kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Ketaqwaan kita tidak utuh. Inilah yang menyebabkan Ramadhan demi Ramadhan yang kita lalui tidak banyak memberikan pengaruh kepada umat.

Perhatikan sahaja, waktu Ramadhan kaum muslim dengan sungguh-sungguh untuk menjalankan puasanya, menjaga agar tidak batal. Namun, ketika berekonomi, kaum muslim tidak tunduk pada aturan Allah. Mereka menganggap memanfaatkan riba’ adalah hal yang biasa. Sebahagian muslim pula lebih cenderung memilih untuk mempraktikkan bidang ekonomi berdasarkan ekonomi kapitalis yang telah terang jelas percanggahannya dengan aturan Islam.

Ketika Ramadhan beredar, para penguasa menyeru agar tempat-tempat maksiat ditutup untuk seketika. Tetapi setelah itu, operasi kemaksiatan berjalan seperti biasa dengan alasan ekonomi. Saat Ramadhan para penguasa yang muslim berusaha memelihara puasanya dengan tidak makan dan minum, sebab itu melanggar perintah Allah Subhanahu wa ta’ala. Namun kenapa ketakutan melanggar perintah Allah itu tidak wujud ketika mereka melalaikan urusan rakyat berdasarkan peraturan Islam, sanggup membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan dan penderitaan, lebih-lebih lagi setelah kenaikan kos hidup diseluruh dunia akibat dari polisi perekonomian kapitalisme yang mereka amalkan selama ini.

Jika para penguasa merasa berdosa kerana makan di siang hari tanpa ada alasan syar'i, tapi kenapa tidak merasa berdosa ketika rakyatnya kebuluran akibat kemiskinan. Kenapa tidak merasa berdosa menzalimi rakyatnya dengan polisi yang tidak melindungi rakyatnya ? Kenapa korupsi dan kolusi masih berleluasa ? Inilah bukti bahawa ketaqwaan kita adalah ketaqwaan secular, ketaqwaan yang tidak utuh berubah-ubah mengikut situasi, emosi dan kepentingan diri.

Taqwa juga mesti dilakukan oleh parti politik dengan menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka sekaligus memperjuangkan agar syariat Islam diwujudkan ditengah-tengah masyarakat. Taqwa mesti muncul dalam diri para pemimpin parti politik itu tatkala mereka melakukan kempen perjuangannya: apakah bahan kempen mereka sesuai dengan syariat, ataukah masih dipasung dengan sistem demokrasi ?! Bukankah tugas parti politik dalam Islam adalah menyeru ke jalan Islam, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran ? Firman Allah Subhanahu wa ta’ala :

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون

Hendaklah ada di antara kalian (kaum Muslim) segolongan umat yang menyerukan al-Khayr (Islam) serta melakukan (amar) kemaarufan dan mencegah (nahiy) kemungkaran. ([TMQ ali-'Imran (3):104].

Jadi adalah tidak patut sebuah parti politik dimana kaum muslimim terlibat di dalamnya diam terhadap kemungkaran yang ada ditengah-tengah rakyatnya, apalagi mengkampanyekan idea-idea kufur yang bertentangan dengan Islam seperti nasionalisme, patriotisme, demokrasi, atau sekularisme, kapitalisme, mahupun sosialisme dan komunisme. Sebab semua bentuk kekufuran menjauhkan seorang muslim dari sikap jiwa taqwa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala.

Taqwa juga semestinya juga diwujudkan oleh negara dengan menerapkan hukum-hukum Allah Subhanahu wa ta’ala. Bukankah Allah Subhanahu wa ta’ala telah memerintah para penguasa untuk menjalankan hukum-hukum Allah Subhanahu wa ta’ala sebagai manifestasi ketaqwaan kita kepada Allah, justeru menghindarkan diri dari dilabel kafir, zalim mahupun fasiq. Sabda Rasulullah bersabda :

«فَاْلإِمَامُ الَّذِيْ عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَاعِيَّتِهِ»

"Seorang Imam adalah pemelihara dan pengatur urusan rakyatnya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap rakyatnya" [HR Bukhari dan Muslim]

Oleh kerana itu adalah wajib bagi penguasa untuk memenuhi keperluan asas rakyat (makan, pakai dan kediaman). Rakyat juga berhak menerima hak-hak umum (kolektif) mereka berupa jaminan kesihatan, pendidikan dan keamanan secara telus. Demikianlah tanggungjawab para penguasa yang bertaqwa dalam Islam.

Selain itu, para penguasa yang bertaqwa juga wajib menjaga keutuhan negeri-negeri kaum muslim, tidak tunduk kepada negera-negara Imperialis seperti AS yang ingin memecah-belah kesatuan negeri-negeri Islam. Disamping itu mereka wajib menolak setiap campur-tangan negara-negara kafir imperialis yang hendak menghancurkan kaum muslimin dengan alasan apapun. Dan merupakan tugas penguasa yang taqwa melindungi rakyatnya. Inilah kewajiban negara yang diperintahkan oleh Islam.

Demikian juga rakyat semestinya bertaqwa dengan melakukan muhasabah terhadap penguasa di negeri-negeri mereka agar tidak menerapkan hukum-hukum kufur biarpun sebesar kuman. Sikap berdiam diri terhadap penerapan hukum kufur jelas adalah perkara yang diharamkan oleh Islam dan menyebabkan mereka berdosa. Rakyat yang bertaqwa semestinya berani mengingatkan penguasa mereka yang tidak tunduk kepada aturan Allah Subhanahu wa ta’ala, meskipun itu mesti dibayar dengan penderitaan, kesulitan bahkan nyawa sekalipun.

Rakyat juga tidak boleh berdiam diri tatkala tidak wujud seorang Khalifah yang menjadi pemimpin kaum muslimin. Perintah ini berdasarkan sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam :

«وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِيْ عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيْتَةً جَاهِلِيَّةً»

"Barang siapa yang mati dan di pundaknya tidak ada bai'at (kepada Khalifah) maka sungguh matinya seperti mati jahiliyah ".

Rakyat yang taqwa juga mestilah bersungguh-sungguh berjuang agar syariat Islam kembali diwujudkan di muka bumi dengan jalan menegakkan Daulah Khilafah Islam. Sebab ketiadaan Daulah Khilafah inilah yang menjadi pangkal utama tidak diterapkannya aturan-aturan Allah Subhanahu wa ta’ala yang akan memberikan kebaikan kepada seluruh umat manusia. Tidak adanya Daulah Khilafah juga menyebabkan terpecah-belahnya kaum muslim di dunia ini. Sehingga membuat kaum muslim mudah dijajah oleh negara-negara imperialis yang rakus. Ini ertinya, keberadaan Daulah Khilafah sangat diperlukan untuk mewujudkan ketaqwaan yang hakiki, baik per individu muslim mahupun kaum muslimin secara jama’iy.
Kaum muslimin yang dimuliakan Allah Subhanahu wa ta’ala

Inilah taqwa yang sebenarnya. Yakni menjalankan aturan Allah Subhanahu wa ta’ala dalam seluruh aspek kehidupan kita. Baik dalam persoalan individu, keluarga mahupun negara. Ketaqwaan yang menyeluruh inilah yang boleh memberikan pengaruh nyata di tengah-tengah umat. Menyelesaikan persoalan umat dan jalan keluar dari permasalahan hidup kita sekarang. Sebagaimna firman Allah Subhanahu wa ta’ala :

وَمَنْ يَتَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. [QS. at-Thalâq (65): 2-3]

Tidak hanya itu, ketaqwaan yang sesungguhnya inilah yang akan menghubungkan kaum muslim ke syurga Allah Subhanahu wa ta’ala yang sangat dirindu-rindukan oleh setiap muslim. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala :

مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا اْلأَنْهَارُ أُكُلُهَا دَائِمٌ وَظِلُّهَا تِلْكَ عُقْبَى الَّذِينَ اتَّقَوْا وَعُقْبَى الْكَافِرِينَ النَّارُ

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang taqwa ialah (seperti taman). mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti, sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertaqwa; sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.
[QS. ar-Ra’d  (3): 35].

Semoga Allah Subhanahu wa ta’ala memberikan kepada kita kekuatan iman dan semangat untuk menjalankan hukum-hukum Allah Subhanahu wa ta’ala. Serta menempatkan kita ke dalam golongan pejuang-pejuang Islam, yang berusaha mewujudkan negara Khilafah Islamiyah, yang mengikuti manhaj Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Marilah kita berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala agar amal ibadah kita selama bulan Ramadhan diterima di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala dan kita berhasil meraih darjat taqwa..

أَللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ دَوْلَةَ الْخِلاَفَةِ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ تُعِزُّ بِهَا اْلإِسْلاَمَ وَاَهْلَهُ وَتُذِلُّ بِهَا الْكُفْرَ وَاَهْلَهُ، وَ اجْعَلْناَ مِنَ الْعَامِلِيْنَ الْمُخْلِصِيْنَ بِإِقَامَتِهَا

Ya Allah, Tuhan kami ! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu, dirikanlah Khilafah atas manhaj Nabi (Sallallahu ‘alaihi wa sallam), berikanlah kekuatan kepada Islam dan umatnya, dan hancurkanlah kuffar serta umatnya. Jadikanlah kami golongan yang beramal soleh serta ikhlas dalam mendirikannya.

Amin.. ya rabbal ‘alamin