KHUTBAH IDUL ADHA

KHUTBAH PERTAMA


اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 132 surah al-Baqarah :

وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Ertinya : Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu,maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”

Selamat menyambut hari raya Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Antara cara untuk kita buktikan tanda syukur ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban ini yang merupakan antara hari yang paling lebih di sisi Allah maka marilah kita sama-sama memperbanyakkan laungan takbir, tahmid dan tasbih serta amalan soleh yang lain disamping menjauhi maksiat terhadap Allah. Nikmat hari raya ini bukan bertujuan untuk berseronok mengikut hawa nafsu sebaliknya disambut bawah suluhan wahyu sehingga kita lahir sebagai umat bertaqwa yang bahagia di dunia dan akhirat. Kita dididik tentang kehidupan dunia yang bakal hancur berkait rapat dengan kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya. Oleh itu merupakan suatu yang amat malang jika kita menjadikan dunia sebagai matlamat hidup sehingga kita mengulangi kegagalan dan kehancuran umat sebelum ini. Akibat terpengaruh dengan suasana terlalu mengejar dan mengagongkan kebendaan menyebabkan agama diketepikan. Jadual kehidupan umat Islam sendiri seperti rancangan TV iaitu pada awal kelahiran didengarkan dengan laungan azan dan iqamat di telinga namun selepas itu hanyut dengan mengejar dunia sehingga tenggelam dalam najis maksiat sehingga bila tibanya saat kematian barulah dibacakan semula ayat-ayat al-Quran dan doa. Ramai yang terlalu bimbang tentang apa yang akan dimakan oleh anak selepas kematian ibubapa berbanding apa bekalan akhirat yang bakal di bawa. Ramai ibubapa yang terlalu bimbang dengan persiapan dan hasil peperiksaan anak di sekolah dan universiti tetapi tidak menghiraukan apa yang bakal dijawab dengan soalan mungkar nakir dalam kubur dan hitungan atas neraca timbangan Allah di akhirat yang lebih dahsyat.

قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَقُولُ ابْنُ آدَمَ : ” مَالِي مَالِي ، قَالَ : وَهَلْ لَكَ يَابْنَ آدَمَ مِنْ مَالِكَ إِلَّا مَا أَكَلْتَ فَأَفْنَيْتَ أَوْ لَبِسْتَ ، فَأَبْلَيْتَ أَوْ تَصَدَّقْتَ فَأَمْضَيْتَ - رواه مسلم

Maksudnya : Berkatalah anak Adam : Hartaku! Hartaku! Maka sabda nabi : Sedangkan engkau sebenarnya tidak memiliki daripada hartamu kecuali apa yang telah engkau makan lalu menjadi najis isi jamban, apa yang engkau pakai maka ia menjadi lusuh lalu dibuang atau apa yang engkau sedekah hanya ia yang kekal menjadi bekalan

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam surah al-A’ala ayat 14-17 :

قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ﴿١٧

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang (setelah menerima peringatan itu ) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

Sempena berada pada hari raya korban ini juga marilah kita sama-sama merenungi dan menghayati beberapa ayat daripada surah al-A’ala di mana ia antara surah yang selalu dibaca oleh nabi Muhammad s.a.w dalam solat hari raya. Antaranya Allah membenci mereka yang menjadikan dunia sebagai tujuan, sebaliknya mencintai mereka yang mengambil dunia sekadar keperluan atau cara meraih keredhaan-Nya. Sesiapa yang menjadikan amal perbuatannya untuk meraih habuan dunia dan bukan mencari redha Allah dan kehidupan akhirat, maka dia akan mendapat apa yang dikehendakinya daripada sebahagian keuntungan di dunia tetapi tidak mendapat bahagian di akhirat. Dari kecil sehingga tua ramai manusia yang menjadikan fokus hidupnya adalah untuk meraih gelaran dan kesenangan dunia. Tidak sedikit dalam kalangan umat Islam sendiri yang hidupnya sibuk sehingga lupa untuk menuntut ilmu sebagai bekal memahami erti iman, Islam dan taqwa. Kerana terlalu ghairah mengejar masa depan dunia, terlupa pentingnya ilmu-ilmu aqidah untuk masa depan akhirat. Akibat terlalu sibuknya bekerja, sehingga terlupa untuk belajar tentang solat dan melaksanakannya. Kebanyakan daripada mereka hanya berhenti dari kesibukan tersebut setelah ajal yang amat ditakuti datang tanpa disedari.

رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : ” مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ , فَرَّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ , وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ , وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّتَهُ , جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ , وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ ” – رواه ابن ماجه

Maksudnya : Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai harapannya, nescaya Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kefaqiran berada di depan matanya dan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan baginya. Dan sesiapa yang akhirat menjadi harapannya nescaya Allah akan mempersatukan baginya urusan serta menjadikan rasa cukup di dalam hatinya dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan patuh dan hina.”



اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Pada hari ini umat Islam sanggup berhutang berhabis harta untuk mengejar kemewahan yang sementara. Dari saat di alam pengajian sehinggalah ke alam kerjaya, masyarakat Islam tidak sudah-sudah bermain dengan hutang. Hutang pengajian, hutang kenderaan, hutang rumah, hutang kad kredit, hutang riba, hutang perniagaan, hutang barang kemas dan sebagainya. Kerana hutang itu akhirnya menjadikannya sibuk dan dilupakan dengan janji-janji akhirat. Kita dimaklumkan bagaimana seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 41 tahun, diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lepas yang berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit serta pinjaman peribadi. Budaya berhutang bagaikan berjangkit daripada sikap pemimpin negara yang suka menimbun hutang dengan kehidupan mewah ketika rakyat semakin tersepit dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Ini boleh kita saksikan termasuk melalui Belanjawan 2012 yang baru dibentang yang menunjukkan bagaimana hutang dalam negara yang baru ditambah sebanyak RM 45.9 billion. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini. Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang pelan kukuh untuk menyelesaikannya. Ingatlah bagaimana nabi Muhammad s.a.w sentiasa berdoa agar dijauhi daripada bebanan dan bahaya amalan suka berhutang

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ ، فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ : مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنَ الْمَغْرَمِ ؟ قَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ ، وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ - رواه البخاري


Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara dia berdusta, bila berjanji dia mengengkari”


Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru:

مَّا أَفَاءَ اللَّـهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya : Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan bekalan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

Islam merupakan suatu system hidup yang lengkap dengan sentiasa menitikberatkan keadilan disamping mengharamkan sebarang bentuk kezaliman dan pencabulan terhadap hak orang lain. Antaranya Islam sentiasa memastikan harta kekayaan Negara disalurkan dengan penuh amanah dan tidak hanya dikaut oleh sesetengah golongan sahaja. Kita begitu marah dan kecewa apabila melihat bukan sahaja amalan berhutang untuk bermewah dalam menguruskan harta Negara malah berdasarkan Laporan Audit Negara 2010 menunjukkan bagaimana berlakunya begitu banyak penyelewengan, pecah amanah, pembaziran yang melibatkan ratusan juta duit rakyat. Ia bukan pertama kali berlaku malah berulang untuk sekian kalinya tapi akibat rakyat terus memberi mandat kepada golongan yang tidak amanah untuk mengurus Negara maka jadilah sebagaimana yang diberitahu oleh nabi iaitu harta kekayaan Negara dibahagikan seumpama harta rampasan perang yang berlegar sesama mereka sedangkan rakyat bawahan terus menanggung bebanan silih berganti. Negara kita bakal muflis bukan disebabkan subsidi yang diberi tetapi akibat penyelewengan dan pembaziran yang semakin tinggi. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan orang Islam terpaksa meminta simpati gereja dan kuil untuk menyara hidup maka laporan audit membuktikan bagaimana peruntukan untuk miskin tegar tidak sampai kepada sasaran sebaliknya dinikmati oleh golongan yang sudah memiliki harta. Bila dunia menjadi matlamat hidup maka halal haram diketepi, dosa pahala tidak dihirau lagi, syurga neraka sudah tidak dipeduli. Ingatlah samada kita pemimpin, pegawai, kakitangan atau apa sahaja pangkat kita jangan sama sekali kita mengkhianati harta rakyat. Ingatlah suatu amaran nabi

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَنِ اقْتَطَعَ حَقَّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِيَمِينِهِ ، فَقَدْ أَوْجَبَ اللَّهُ لَهُ النَّارَ ، وَحَرَّمَ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ ” ، فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ : وَإِنْ كَانَ شَيْئًا يَسِيرًا يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : وَإِنْ قَضِيبًا مِنْ أَرَاك

Maksudnya : “Sesiapa yang mengambil hak seorang muslim dengan sumpahnya (yang dusta), maka sesungguhnya Allah mewajibkan baginya neraka dan mengharamkan ke atasnya syurga.” Lalu seorang (yang hadir bersama) bertanya kepada baginda: “Sekalipun terhadap sesuatu yang remeh wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ya!, sekalipun sebatang kayu arak (kayu untuk bersugi)

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

فرمان الله تعالى دالم أية 103-107سورة الصافات :

فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

Setiap kali berada pada hari raya korban maka kita sentiasa diperingatkan tentang pengorbanan besar yang dilakukan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail berdasarkan kepada arahan Allah melalui mimpi. Kisah ini tidak memberi makna sekiranya kita gagal melaksanakan perintah wahyu Allah yang nyata iaitu al-Quran termasuk dalam melaksanakan hukum hudud yang pernah dilaksanakan di Negara kita sebelum kedatangan penjajah. Nabi Ibrahim a.s disuruh sembelih anak tersayang sebaliknya kita disuruh mengerat tangan pencuri ketika masalah ini semakin meruncing, bunuh orang murtad yang enggan bertaubat ketika isu ini semakin parah akibat fahaman sekulerisme yang disemai, sebat penzina ketika Kajian Isu Pembuangan Bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November 2010 yang melibatkan seramai 5,016 responden yang dipilih secara rawak di mana seramai 2,260 responden mengakui pernah berzina. Manakala 1,922 daripada mereka mengetahui rakan mereka mempunyai sejarah hitam mengandung anak luar nikah. Setiap 3 daripada 6 remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan zina dan yang lebih mengecewakan ramai pelajar universiti yang turut terlibat sama dengan jenayah yang dahsyat ini. Alasan rakyat tidak faham sepatutnya disusuli dengan usaha memberi faham tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya termasuk Belanjawan 2012 tidak ditekan bantuan kepada pengajian agama dan program menangani masalah kerosakan akhlak. Apa yang lebih menyedihkan program hiburan yang merosakkan semakin subur termasuk lambakan filem seram yang menyuburkan amalan khurafat dan tahyul sedangkan ia merupakan antara perkara yang boleh merosakkan aqidah

قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً -رواه مسلم

Maksudnya : Sesiapa yang mendatangi dukun yang meramal atau mendakwa tahu(sesuatu yang ghaib) maka tidak diterima solatnya selama 40 malam



Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

Kita merasa bimbang bila membaca suatu kajian oleh suatu badan NGO melalui laman sosial di internet termasuk facebook dan twitter menunjukkan lebih 6 juta belia di negara ini didakwa menghadapi krisis kecelaruan identiti disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat. Perkara ini semakin parah apabila adanya suatu kumpulan yang menganjurkan Festival Seksualiti Merdeka bertujuan untuk menyokong dan memperkasa cara hidup bebas golongan lesbian, gay, bisexual and transgender yang jelas merosakkan akhlak. Program ini akhirnya diharamkan oleh pihak keselamatan setelah dibantah di seluruh negara walau pun ia telah pun dianjurkan dengan restu pemerintah sejak tahun 2008 lagi. Tindakan menjemput artis gay dari barat seperti Adam Lambert tahun lepas dan terbaru Elton John artis yang masyhur dengan kahwin sejenis pada pertengahan bulan ini bagaikan adanya agenda tersembunyi dalam menjayakan usaha melahirkan masyarakat yang bebas tanpa akhlak lebih dahsyat daripada binatang. Cegah sebelum parah, sekat sebelum melarat, tolak sebelum merebak. Penyakit jangan dicari, bala Allah jangan dijemput

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” أَرْبَعَةٌ يُصْبِحُونَ فِي غَضَبِ اللَّهِ ، وَيُمْسُونَ فِي سَخْطِهِ ، أَوْ يُمْسُونَ فِي غَضَبِهِ ، وَيُصْبِحُونَ فِي سَخْطِهِ ، شَكَّ الْمُحَدِّثُ ، قِيلَ : مَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : الْمُتَشَبِّهُونَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ ، وَالْمُتَشَبِّهَاتُ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ ، وَالَّذِي يَأْتِي الْبَهِيمَةَ ، وَالَّذِي يَأْتِي الرَّجُلَ - رواه الطبراني والبيهقي

Maksudnya: “4 kelompok manusia yang bangun dari tidurnya di bawah kemarahan Allah dan pergi tidur di bawah kemurkaan Allah. Mereka yang mendengarkan perkataan Baginda bertanya: Siapa mereka ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan hubungan seks dengan binatang dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ





KHUTBAH KEDUA



اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 24 سورة الأنفال :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.



Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Islam menanam kukuh dalam diri umatnya sikap suka berkorban dalam menghadapi sebarang perkara di mana tanpa pengorbanan maka sesuatu kejayaan tidak mampu diraih. Allah menjanjikan kehidupan bila semangat jihad dalam diri umat Islam terus membara sehingga menggerunkan musuh daripada terus menindas dan mencabul hak umat Islam sesuka hati. Sebaliknya bila umat Islam dihidapi penyakit terlalu cinta kepada dunia dan takut kepada kematian maka selagi itu kita akan dijajah dan dihina dalam negara kita sendiri. Musuh Islam sentiasa mengambil berat tentang pertukaran kepimpinan yang berlaku di Negara umat Islam agar ia bertepatan dengan citarasa mereka. Oleh itu menjadi kewajipan umat Islam menukar daripada system jahiliah kepada Islam, kegelapan kufur kepada terangnya iman. Sekiranya umat Islam tidak berani menukar system tersebut maka keadaan Negara hanya bertukar pemimpin yang akan meneruskan kezaliman dan penindasan. Kita doakan semoga pertukaran kepimpinan di Mesir, terbaru di Libya serta tidak ketinggalan kemenangan Parti Islam di Tunisia akan memberi sinar kepada Islam dan umatnya bukan meneruskan penderitaan seperti di Afghanistan dan Iraq sebelum ini



Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Sempena berada pada hari raya korban juga kita mengambil iktibar daripada tindakan kerajaan Belanda yang mengharamkan sembelihan cara Islam dan Yahudi atas alasan menyakitkan binatang. Mereka seolah menutup mata tentang kajian sainstis barat sendiri bagaimana penyembelihan dalam Islam terbukti jelas mematikan haiwan dengan cara yang mengurangkan kesakitan. Kajian saintifik diketuai oleh Profesor Wilhelm Schulze dari Jerman mendapati kaedah sembelihan dalam Islam terbaik kerana haiwan tidak mengalami kesakitan sewaktu disembelih berbanding kaedah kejutan elektrik yang digunakan di beberapa negara Barat. Hasil pemerhatian Profesor Temple Grandin dari Universiti Negeri Colorado pula mendapati haiwan yang disembelih menggunakan pisau yang tajam dengan kaedah betul memberikan reaksi tenang dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika sedang disembelih. Dr Aisha El-Awady pula mengatakan pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya. Kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Inilah keindahan Islam yang sentiasa menanamkan sifat ihsan termasuk ketika menyembelih binatang

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” إِنَّ اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُل ِّ شَيءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِبْحَة وَلْيُحِد أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ ولْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ ” (رواه مسلم(

Maksudnya : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara paling sempurna, tajamkan pisau kamu supaya haiwan itu cepat dan mudah mati



اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Salam Aidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Aidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang digalakkan oleh nabi antara sabdanya :

مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً

Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Tidak lupa pada hari yang mulia ini kita mendoakan keselamatan dan semoga dianugerahkan dengan haji yang mabrur kepada saudara mara kita yang sedang menunaikan ibadat haji di Kota Mekah

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Selagi kita bernama manusia.

Hayatilah Al-Quran

SETIAP kali al-Quran dibaca maka tersingkaplah segala sifat diri orang yang membacanya. Orang itu pun bertafakur menghayati ayat menceritakan mengenai jati dirinya sebagai insan. Apabila dia beriman dengan apa yang dibacanya, maka segala keburukan terpalit dalam diri segera mahu dibaiki.
Namun, ada yang tidak mahu mengakui kelemahan diri yang tersindir oleh ayat al-Quran. Padahal kiasan dan ulasan al-Quran begitu menusuk ke jantung hati orang yang ikhlas.
Jika ditanya bilakah agaknya anda tidak berminat lagi dengan apa-apa pun melainkan berfikir mengenai akhirat? Sudah tentu ketika dada anda memeluk al-Quran, hati mengimani dan emosi mengikut petunjuknya.
Umar al-Khatab menceritakan detik bersejarah runtuhnya tembok kekufuran oleh hembusan hidayah yang dihantar al-Quran ke jiwanya.
Umar berkata ketika dia masih kafir lagi: “Aku harus pergi ke Kaabah untuk melakukan tawaf tujuh atau 70 kali. Lalu aku pun datang ke sana untuk melakukan tawaf, aku melihat Rasulullah SAW sedang berdiri melakukan sembahyang, saat itu Baginda solat menghadap ke Syam (Baitulmaqdis) dan Baginda menjadikan Kaabah di antara dirinya dan negeri Syam. Baginda berdiri di antara rukun Hajarul Aswad dan rukun Yamani. Aku berkata dalam hati saat aku melihatnya: Demi Allah, jika malam ini aku mendengar apa yang dibaca oleh Muhammad. Jika aku sudah mendekatinya dan mendengarkan apa yang dibaca pasti aku akan mengejutkannya! Aku pun menghampirinya dari balik al-Hajar dan masuk ke dalam kain Kaabah, tidak ada jarak antara diriku dan Muhammad melainkan hanya dibatasi kain Kaabah saja. Saat aku mendengar al-Quran, hatiku mencair sehingga membuat aku menangis, sejak saat itu aku beriman.” (Kata Ata’ dan Mujahid yang dikutip oleh Ibnu Ishaq daripada Abdullah bin Abi Najih)
Mengapa susah sungguh berinteraksi dengan al-Quran? Apakah kerana ayat yang kita baca sekarang berbeza dengan ayat didengar Umar? Bukankah al-Quran tetap sama dan takkan pernah berubah sampai bila-bila? Lalu sebenarnya, di manakah kesilapan kita?
Orang yang mahir membaca belum tentu memahami rahsia ayat dibaca. Terjemahan dan tafsiran yang baik sedikit sebanyak boleh membentuk imaginasi sebenar. Namun usaha menelusuri maksud ayat seharusnya lebih diutama berbanding dengan membaca saja.
Bagaimanapun, di kalangan orang ‘ajam yang tidak memahami bahasa Arab seperti kita, ramai lebih mementingkan lagu dan irama padahal ilmu tafsir al-Quran sepatutnya mestilah lebih diutamakan.
Bagaimanakah bacaan itu boleh dinikmati tanpa sebarang penghayatan? Sedangkan penghayatan bergantung kepada tafsiran dan kefahaman. Tak hairan apabila kita membaca tetapi tidak menjiwai bacaan itu. Ia membuat diri kita kehilangan petunjuknya.
Tujuan memahami tafsir al-Quran ialah untuk mencengkam jiwa dengan teguran dan ajarannya, membentuk ilustrasi positif yang menyuntik semangat iman, mendapat inspirasi reda dan sabar ketika diuji. Mendekatkan diri kepada Allah dengan ayat peringatan, suruhan, larangan, pujian dan janji Allah, syurga dan neraka, khabar gembira dan ancaman seksa-Nya.
Ketika seseorang sudah mencapai kefahaman sempurna mengenai tafsir al-Quran, tidak mungkin dia tertawa ketika membaca ayat seksa atau lalai ketika membaca ayat amaran kerana tujuan al-Quran diturunkan ialah untuk mencengkam jiwa manusia yang lalai. Supaya ingat jalan pulang ke sisi Tuhannya dan jangan tersesat kerana tidak menggenggam petunjuk yang dibekalkan melalui al-Quran.
Sudah selayaknya orang ‘ajam bukan Arab yang tidak memahami bahasa al-Quran bertungkus-lumus menjejaki rahsia Allah melalui kalam-Nya yang mulia dengan mempelajari tafsir al-Quran. Siapa kata usaha belajar tafsir hanyalah membazir masa dan wang ringgit? Orang yang berkata sebegini sememangnya tidak memahami betapa agungnya getaran jiwa pernah dirasai Saidina Umar bin al-Khattab.
Kesilapan dilakukan manusia dalam interaksi dengan al-Quran ialah memilih ajaran lain dan meninggalkan ajaran al-Quran. Banyak benda boleh menarik perhatian manusia, terutama yang sesuai dengan kehendak nafsu melampau. Duit, kuasa, kedudukan, pangkat, perhiasan dan hiburan adalah keperluan manusia untuk tetap bertahan di belantara kehidupan akhir zaman ini.
Allah tidak pernah melarang manusia menikmati kurniaan dianugerahkan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Hanya manusia seharusnya ingat tabiat mereka yang mudah dijangkiti kelalaian apabila dibukakan pintu dunia seluas-luasnya. Ayat Allah semakin dipinggirkan, dijual pada harga murah bahkan disembunyikan untuk kepentingan diri dan golongan tertentu.
Hal ini ditegaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Kami berikan kepadanya ayat Kami (pengetahuan mengenai isi al-Quran), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang yang sesat. Dan jika Kami menghendaki, sesungguhnya kami tinggikan darjatnya dengan ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah. Maka perumpamaan seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya (juga). Yang demikian itu adalah perumpamaan orang yang mendustakan ayat kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah itu supaya mereka berfikir.” (Surah al-A’raf, ayat 175-176)
Sikap orang Yahudi membaca Kitab Taurat tetapi tergamak mencari hukum lain yang lebih sesuai dengan kemahuan nafsu mereka untuk dijadikan landasan hidup. Inilah sikap dimurkai Allah.
Suatu hari seorang Yahudi meminta Rasulullah SAW menghukum ahli keluarganya yang berzina mengikut hukuman al-Quran. Dia sengaja melakukan perkara itu dengan harapan hukum al-Quran lebih ringan daripada hukum Taurat. Selepas Rasulullah SAW menegaskan bahawa al-Quran juga menjatuhkan hukuman rejam sama seperti dalam Taurat, bangsawan Yahudi itu langsung berpaling dengan bongkak, nyata sekali mereka tidak akan pernah mengikuti mana-mana kitab Allah.
Begitu juga mereka yang memperguna al-Quran demi kepentingan diri. Contoh paling mudah, dalam bab poligami bukan main beriman tetapi bab perintah Allah yang lain tidak dipatuhi. Mengapa mahu dipisahkan elemen penting dalam al-Quran.
Sistem akidah, ibadah, jenayah dan muamalat tidak mungkin dipisah, semua sistem buatan manusia seperti sistem ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kenegaraan sudah tersusun rapi dalam al-Quran sejak berabad lamanya.
Alangkah sedihnya apabila orang Islam hanya tahu beriman dengan al-Quran setakat malam Jumaat pada majlis membaca Yasin, ketika kematian ahli keluarga atau ketika membuka kedai barunya (menggantung ayat al-Quran sebagai azimat dan tangkal).
Sementara itu akhlaknya tidak mengikuti petunjuk al-Quran, ibadahnya menyalahi aturan al-Quran, perniagaannya mengamalkan riba dan penipuan, imej dan tutur katanya tidak mewakili kesopanan tatacara al-Quran, pemikirannya diracuni fahaman orang kafir yang bertentangan dengan al-Quran. Seolah-olah dengan bangga mereka berkata: “Ambillah al-Quran jika ia menguntungkan kamu, jika tidak tinggalkan saja.”
Padahal Rasulullah SAW diberi gelaran sebagai ‘al-Quran yang berjalan’. Mereka ini sepatutnya diberi gelaran juga iaitu ‘pemanipulasi al-Quran’. Ya Allah tundukkanlah hati kami dengan al-Quran.

MARI KITA MUHASABAH DIRI

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri. 

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa. 

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya. 
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya. 
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya. 
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya. 
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya. 

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat. 

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.” 

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.” 

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri. 

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36) 

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim) 

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Selamat Menjalani Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Semoga semua calon-calon PQS Tahun ini mencapai A di dalam Peperiksaan SPM 2011.

12 Barisan Manusia.......?


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenaan iaitu:

BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

Ya Allah ampunilah dosa-dosaku samada ku sedari atau tidak. sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani......Amin

MERDEKAKAH KITA?

Telah berkata Rubie bin Amir kepada panglima utama tentera Rom,Rustam apabila Rom jatuh ke tangan Islam,
“Islam adalah agama memerdekakan penduduknya dari belenggu sembahan sesama manusia kepada sembahan Tuhan yang memiliki semua manusia,mengeluarkan manusia dari kegelapan serta kezaliman jahiliyah kepada cahaya Islam,dan mendidik manusia untuk mencintai keluasan akhirat dengan segala nikmat yang hakiki dan abadi dari mencintai kesempitan dunia yang menipu dan palsu..........”



Video Kemuliaan Ramadhan al-Mubarak


Muhasabah Ramadhan Menjelang idul Fitri 1432H


Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita. Ketika itu kaum muslim berbahagia mengucapkan kalimat takbir, tahlil dan tahmid serentak sebagai ungkapan syukur kita kepada Allah Subhanahu wa ta’ala menyambut ketibaan Syawal.

Namun ada dikalangan kita merasa sedih kerana itu. Entahkan tahun depan kita masih berpeluang menikmati kehadiran Ramadhan. Bulan dimana Allah berikan kesempatan pada kita untuk memperbaiki diri. Bulan dimana Allah Subhanahu wa ta’ala memberikan banyak kasih sayang-Nya kepada kaum muslim. Bulan dimana Allah Subhanahu wa ta’ala menjanjikan keampunan bagi orang-orang yang berpuasa,. Ampunan terhadap dosa-dosa kita sebelumnya hingga bersih seolah bayi yang baru dilahirkan.

Ampunan Allah itu hanya diberikan kepada orang-orang yang berpuasa kerana dorongan iman dan kesungguhan hati. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam:

«مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَ اْحتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبه
Siapa saja yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan landasan iman dan berniat ikhlas (bersungguh-sungguh mengharapkan redha dan pahala Allah) akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. [HR Ahmad].

Ampunan Allah seperti itu tidak layak bari mereka-mereka yang kelihatan berpuasa, menahan lapar dan dahaga. Sepertimana sabda baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam :

«رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلاَّ الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلاَّ السَّهَرُ»

Betapa banyak orang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga, betapa banyak orang yang menghidupkan malam tidak mendapatkan apa-apa kecuali kantuknya sahaja. [HR Ibn Majah].

Selain memperolehi fadhilat berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga serta mencegah diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, kita juga dianjurkan melakukan ibadah lain bagi meningkatkan ganjaran dengan tadarus, bersedekah, bantu-membantu serta tidak melalaikan tuntutan kewajipan yang lain seperti Jihad. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam serta para sahabat melakukan jihad tatkala dibulan Ramadhan biarpun dalam kesulitan. Bukankah perang Badar al-Kubra yang dimenangkan kaum muslim terjadi di bulan Ramadhan pada tahun kedua Hijriyah? Penaklukan Mekah (Fathu Mekah) juga terjadi di bulan Ramadhan. Kemenangan Salahuddin Al-Ayyubi atas pasukan perang Salib, penaklukan Sepanyol oleh Thariq bin Ziyad juga terjadi di bulan Ramadhan.

Islam adalah agama yang kaffah (menyeluruh), ajaran Islam tidak boleh dipisah-pisahkan. Tapi wajib diterima dan diamalkan secara utuh. Kesolehan tidak diperolehi dengan hanya melaksanakan ibadah ritual (mahdhah) seperti berpuasa atau solat sahaja, seorang muslim wajib tunduk pada seluruh aturan-aturan Allah secara menyeluruh.

Kaum muslim yang dimuliakan Allah Subhanahu wa ta’ala,

Ada beberapa pertanyaan yang penting yang patut kita tanyakan diri kita dengan berakhirnya Ramadhan. Apakah puasa kita berhasil ? Apakah petanda keberhasilannya ? Apakah cukup dengan selesainya kita mengkhatam Al-Qur'an 30 Juz ? Atau pada malam-malam kita yang kita isi dengan solat tarawih dan memperbanyak doa ? Apakah benar kita telah meraih al-falaah (kemenangan) ?

Apakah kita berjaya dan meraih kemenangan padahal Ramadhan kita tidak banyak berpengaruh terhadap penyelesaian masalah umat seluruhnya ? Apakah layak kita disebut berjaya sementara umat masih lagi hidup menderita. Musuh-musuh Allah, kaum kuffar, masih sahaja membunuh kaum muslimin. Penguasa-penguasa di negeri-negeri umat Islam, masih cuai dalam melindungi rakyatnya. Mereka juga tidak peduli apakah keperluan asas rakyatnya terjamin atau tidak. Bahkan penguasa-penguasa negeri umat Islam lebih mementingkan keredhaan negara-negara imperialis, meskipun harus memenjarakan, menzalimi, bahkan membunuh rakyatnya sendiri.

Hal yang sama terjadi pada parti-parti politik yang lebih sibuk bertikai, saling berebut kerusi, saling menipu demi kekuasaan dan kedudukan, juga demi harta. Kenapa umat Islam masih diliputi oleh kemiskinan dan kebodohan. Rasuah dan berbagai penyelewengan pun masih berleluasa. Bagaimana pula dengan perjudian, pornografi, pelacuran yang masih berjalan, bahkan di bulan Ramadan sekalipun? Jenayah seperti rogol, pembunuhan, pencurian dan lain-lain masih merupakan hal yang sering kita saksikan pada paparan media massa.

Negara-negara Imperialis seperti Amerika dan Britain pun bertindak sesukanya ke atas kaum muslim. Berslogankan “perang melawan terorisme”, ribuan nyawa kaum muslimin terbunuh di Iraq, Afghanistan dan negeri umat Islam lainnya. Israel dengan dokongan penuh dari Amerika Syarikat hingga saat ini tidak berhenti menghancurkan rumah-rumah kaum muslim, membunuh pemuda-pemuda Islam yang berjuang untuk membebaskan negerinya.

Tidak hanya itu, mereka merampas kekayaan kaum muslim, mengeksploitasinya dengan cara-cara licik. Akibat dari itu, negeri umat Islam yang kaya dengan kekayaan alam, tetapi penduduknya hidup miskin menderita. Apakah kesalahan atau kealpaan kita dalam hal ini ?

Kaum muslim yang dirahmati oleh Allah Subhanahu wa ta’ala

Kenapa Ramadhan kita tidak banyak memberikan pengaruh terhadap rakyat? Jawabannya adalah kaum Muslimin telah meninggalkan aspek mabda’iy atau disebut aspek ideologik yang membangun ketaqwaan sebenarnya dalam Islam. Sekarang, Islam disempitkan sekadar agama yang mengatur persoalan ibadah mahdhah (ritual) seperti berpuasa, solat atau haji. Ketaqwaan kemudian diertikan sekadar pengamalan seorang Muslim dalam aspek-aspek individual dan ritual. Negara dan jenteranya seolah-olah terlepas dari kewajiban menerapkan hukum syariat Islam secara menyeluruh. Etika sebegini menjadikan Islam tidak berperanan dalam menyelesaikan berbagai persoalan umat dan warga negara secara umum. Umat Islam telah menjadikan agamanya seperti agama lain, yakni hanya membahas tentang moral dan nasihat tanpa ada tindakan langsung yang secara praktis, yang mampu menyelesaikan berbagai persoalan kehidupan.

Bercerminkan kepada kehidupan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, wajar kalau umat Islam dahulu mendapat kemuliaan dan kejayaan di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala. Sebab Ramadhan mereka dijadikan medan untuk mewujudkan Islam sebagai agama ideologis. Agama yang mengatur seluruh aspek kehidupan manusia, menyelesaikan seluruh persoalan manusia mulai dari hal peribadi, keluarga, sosial, ekonomi, pemerintahan, politik luar negeri, hukuman dan peradilan, masalah pertahanan dan keamanan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat sangat memahami erti taqwa yang sebenarnya.

Sedangkan sekarang, kita tidak lagi menjadi masyarakat yang bertaqwa secara utuh. Padahal ketaqwaan adalah kunci dimana Allah Subhanahu wa ta’ala akan menurunkan berkah-Nya dari langit dan bumi. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa ta’ala :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى ءَامَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَاْلأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.[TMQ. al-A’raf (7): 96]

Ini bererti kita mesti memperbetulkan pencapaian target (objektif) Ramadhan kita. Apakah kita benar-benar sudah mencapai darjat hamba Allah yang bertaqwa. Sudahkah kita telah sampai pada seruan Allah Subhanahu wa ta’ala:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa  [TMQ. Al Baqarah (2):183].

Kaum muslim yang dirahmati oleh Allah Subhanahu wa ta’ala

Kata-kata taqwa, sering dilaungkan tetapi ianya menjadi khayalan ritual yang berulang-ulang tanpa difahami secara utuh dan menyeluruh oleh kaum muslim. Apa yang salah dari pemahaman dan wujud ketaqwaan kaum muslimin ketika ini ?

Perkataan taqwa berasal dari kata 'waqa' yang ertinya melindungi. Taqwa yang sesungguhnya mesti boleh melindungi seorang muslim dari amarah Allah Subhanahu wa ta’ala dan hukuman-Nya. Taqwa bererti sikap hati-hati seorang muslim untuk menjaga dirinya dari setiap perbuataan yang dikerjakan atau dia tinggalkan yang boleh mengakibatkan murka Allah menimpanya. Dengan sikap taqwa ini seorang muslim memiliki kesedaran untuk sentiasa mengingat Allah Subhanahu wa ta’ala bahawa apapun yang dia lakukan, pasti akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah Subhanahu wa ta’ala kelak.

Kesedaran itu wujud natijah dari ketertundukan kita kepada Allah Subhanahu wa ta’ala dengan menjalankan seluruh perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Allah Subhanahu wa ta’ala meminta kepada setiap orang yang mengaku beriman kepada-Nya, agar bertaqwa dengan sebenar-benarnya taqwa. Dia Subhanahu wa ta’ala berfirman:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. [TMQ. ali-'Imran (3):102].

Di dalam Tafsir Jalalain dikatakan bahawa ayat itu menuntut agar Allah ditaati dan tidak didurhakai, agar seorang mukmin bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufurinya, agar sentiasa mengingat-Nya dan tidak melupakan-Nya. Sementara Al Ustadz Muhammad Ali As-Shabuni dalam Shafwatut Tafaasiir juz I/200 mengatakan ‘haqqa tuqaatih’ maksudnya adalah dengan menjauhi segala bentuk kemaksiatan (kedurhakaan) kepada-Nya.

Jadi wujud taqwa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala adalah menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, baik dalam urusan peribadi, keluarga, masyarakat, mahupun negara. Allah Subhanahu wa ta’ala menuntut penyerahan jiwa dan raga orang-orang mukmin kepada Islam secara total, kaaffah. Dia Subhanahu wa ta’ala berfirman:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu [TMQ. al-Baqarah (2): 208].

Kaum muslim yang berbahagia…

Berpuasa adalah waktu kita melatih diri untuk sentiasa berhubungan dengan Allah Subhanahu wa ta’ala. Lapar dan dahaga yang kita rasakan semestinya mengingatkan kita bahawa kita sedang menjalankan perintah Allah Subhanahu wa ta’ala. Tapi sayang, kaum muslim sekarang ini telah men'sekular'kan ketaqwaannya kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Ketaqwaan kita tidak utuh. Inilah yang menyebabkan Ramadhan demi Ramadhan yang kita lalui tidak banyak memberikan pengaruh kepada umat.

Perhatikan sahaja, waktu Ramadhan kaum muslim dengan sungguh-sungguh untuk menjalankan puasanya, menjaga agar tidak batal. Namun, ketika berekonomi, kaum muslim tidak tunduk pada aturan Allah. Mereka menganggap memanfaatkan riba’ adalah hal yang biasa. Sebahagian muslim pula lebih cenderung memilih untuk mempraktikkan bidang ekonomi berdasarkan ekonomi kapitalis yang telah terang jelas percanggahannya dengan aturan Islam.

Ketika Ramadhan beredar, para penguasa menyeru agar tempat-tempat maksiat ditutup untuk seketika. Tetapi setelah itu, operasi kemaksiatan berjalan seperti biasa dengan alasan ekonomi. Saat Ramadhan para penguasa yang muslim berusaha memelihara puasanya dengan tidak makan dan minum, sebab itu melanggar perintah Allah Subhanahu wa ta’ala. Namun kenapa ketakutan melanggar perintah Allah itu tidak wujud ketika mereka melalaikan urusan rakyat berdasarkan peraturan Islam, sanggup membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan dan penderitaan, lebih-lebih lagi setelah kenaikan kos hidup diseluruh dunia akibat dari polisi perekonomian kapitalisme yang mereka amalkan selama ini.

Jika para penguasa merasa berdosa kerana makan di siang hari tanpa ada alasan syar'i, tapi kenapa tidak merasa berdosa ketika rakyatnya kebuluran akibat kemiskinan. Kenapa tidak merasa berdosa menzalimi rakyatnya dengan polisi yang tidak melindungi rakyatnya ? Kenapa korupsi dan kolusi masih berleluasa ? Inilah bukti bahawa ketaqwaan kita adalah ketaqwaan secular, ketaqwaan yang tidak utuh berubah-ubah mengikut situasi, emosi dan kepentingan diri.

Taqwa juga mesti dilakukan oleh parti politik dengan menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka sekaligus memperjuangkan agar syariat Islam diwujudkan ditengah-tengah masyarakat. Taqwa mesti muncul dalam diri para pemimpin parti politik itu tatkala mereka melakukan kempen perjuangannya: apakah bahan kempen mereka sesuai dengan syariat, ataukah masih dipasung dengan sistem demokrasi ?! Bukankah tugas parti politik dalam Islam adalah menyeru ke jalan Islam, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran ? Firman Allah Subhanahu wa ta’ala :

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون

Hendaklah ada di antara kalian (kaum Muslim) segolongan umat yang menyerukan al-Khayr (Islam) serta melakukan (amar) kemaarufan dan mencegah (nahiy) kemungkaran. ([TMQ ali-'Imran (3):104].

Jadi adalah tidak patut sebuah parti politik dimana kaum muslimim terlibat di dalamnya diam terhadap kemungkaran yang ada ditengah-tengah rakyatnya, apalagi mengkampanyekan idea-idea kufur yang bertentangan dengan Islam seperti nasionalisme, patriotisme, demokrasi, atau sekularisme, kapitalisme, mahupun sosialisme dan komunisme. Sebab semua bentuk kekufuran menjauhkan seorang muslim dari sikap jiwa taqwa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala.

Taqwa juga semestinya juga diwujudkan oleh negara dengan menerapkan hukum-hukum Allah Subhanahu wa ta’ala. Bukankah Allah Subhanahu wa ta’ala telah memerintah para penguasa untuk menjalankan hukum-hukum Allah Subhanahu wa ta’ala sebagai manifestasi ketaqwaan kita kepada Allah, justeru menghindarkan diri dari dilabel kafir, zalim mahupun fasiq. Sabda Rasulullah bersabda :

«فَاْلإِمَامُ الَّذِيْ عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَاعِيَّتِهِ»

"Seorang Imam adalah pemelihara dan pengatur urusan rakyatnya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap rakyatnya" [HR Bukhari dan Muslim]

Oleh kerana itu adalah wajib bagi penguasa untuk memenuhi keperluan asas rakyat (makan, pakai dan kediaman). Rakyat juga berhak menerima hak-hak umum (kolektif) mereka berupa jaminan kesihatan, pendidikan dan keamanan secara telus. Demikianlah tanggungjawab para penguasa yang bertaqwa dalam Islam.

Selain itu, para penguasa yang bertaqwa juga wajib menjaga keutuhan negeri-negeri kaum muslim, tidak tunduk kepada negera-negara Imperialis seperti AS yang ingin memecah-belah kesatuan negeri-negeri Islam. Disamping itu mereka wajib menolak setiap campur-tangan negara-negara kafir imperialis yang hendak menghancurkan kaum muslimin dengan alasan apapun. Dan merupakan tugas penguasa yang taqwa melindungi rakyatnya. Inilah kewajiban negara yang diperintahkan oleh Islam.

Demikian juga rakyat semestinya bertaqwa dengan melakukan muhasabah terhadap penguasa di negeri-negeri mereka agar tidak menerapkan hukum-hukum kufur biarpun sebesar kuman. Sikap berdiam diri terhadap penerapan hukum kufur jelas adalah perkara yang diharamkan oleh Islam dan menyebabkan mereka berdosa. Rakyat yang bertaqwa semestinya berani mengingatkan penguasa mereka yang tidak tunduk kepada aturan Allah Subhanahu wa ta’ala, meskipun itu mesti dibayar dengan penderitaan, kesulitan bahkan nyawa sekalipun.

Rakyat juga tidak boleh berdiam diri tatkala tidak wujud seorang Khalifah yang menjadi pemimpin kaum muslimin. Perintah ini berdasarkan sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam :

«وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِيْ عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيْتَةً جَاهِلِيَّةً»

"Barang siapa yang mati dan di pundaknya tidak ada bai'at (kepada Khalifah) maka sungguh matinya seperti mati jahiliyah ".

Rakyat yang taqwa juga mestilah bersungguh-sungguh berjuang agar syariat Islam kembali diwujudkan di muka bumi dengan jalan menegakkan Daulah Khilafah Islam. Sebab ketiadaan Daulah Khilafah inilah yang menjadi pangkal utama tidak diterapkannya aturan-aturan Allah Subhanahu wa ta’ala yang akan memberikan kebaikan kepada seluruh umat manusia. Tidak adanya Daulah Khilafah juga menyebabkan terpecah-belahnya kaum muslim di dunia ini. Sehingga membuat kaum muslim mudah dijajah oleh negara-negara imperialis yang rakus. Ini ertinya, keberadaan Daulah Khilafah sangat diperlukan untuk mewujudkan ketaqwaan yang hakiki, baik per individu muslim mahupun kaum muslimin secara jama’iy.
Kaum muslimin yang dimuliakan Allah Subhanahu wa ta’ala

Inilah taqwa yang sebenarnya. Yakni menjalankan aturan Allah Subhanahu wa ta’ala dalam seluruh aspek kehidupan kita. Baik dalam persoalan individu, keluarga mahupun negara. Ketaqwaan yang menyeluruh inilah yang boleh memberikan pengaruh nyata di tengah-tengah umat. Menyelesaikan persoalan umat dan jalan keluar dari permasalahan hidup kita sekarang. Sebagaimna firman Allah Subhanahu wa ta’ala :

وَمَنْ يَتَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. [QS. at-Thalâq (65): 2-3]

Tidak hanya itu, ketaqwaan yang sesungguhnya inilah yang akan menghubungkan kaum muslim ke syurga Allah Subhanahu wa ta’ala yang sangat dirindu-rindukan oleh setiap muslim. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala :

مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا اْلأَنْهَارُ أُكُلُهَا دَائِمٌ وَظِلُّهَا تِلْكَ عُقْبَى الَّذِينَ اتَّقَوْا وَعُقْبَى الْكَافِرِينَ النَّارُ

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang taqwa ialah (seperti taman). mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti, sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertaqwa; sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.
[QS. ar-Ra’d  (3): 35].

Semoga Allah Subhanahu wa ta’ala memberikan kepada kita kekuatan iman dan semangat untuk menjalankan hukum-hukum Allah Subhanahu wa ta’ala. Serta menempatkan kita ke dalam golongan pejuang-pejuang Islam, yang berusaha mewujudkan negara Khilafah Islamiyah, yang mengikuti manhaj Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Marilah kita berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala agar amal ibadah kita selama bulan Ramadhan diterima di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala dan kita berhasil meraih darjat taqwa..

أَللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ دَوْلَةَ الْخِلاَفَةِ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ تُعِزُّ بِهَا اْلإِسْلاَمَ وَاَهْلَهُ وَتُذِلُّ بِهَا الْكُفْرَ وَاَهْلَهُ، وَ اجْعَلْناَ مِنَ الْعَامِلِيْنَ الْمُخْلِصِيْنَ بِإِقَامَتِهَا

Ya Allah, Tuhan kami ! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu, dirikanlah Khilafah atas manhaj Nabi (Sallallahu ‘alaihi wa sallam), berikanlah kekuatan kepada Islam dan umatnya, dan hancurkanlah kuffar serta umatnya. Jadikanlah kami golongan yang beramal soleh serta ikhlas dalam mendirikannya.

Amin.. ya rabbal ‘alamin