FIRAUN LANATULLAH
Apa
Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?
Saintis Perancis
Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun
1975.Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk
meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat
terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati
tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang
melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan
mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan
pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin
Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di
situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor
bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal,
Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan
di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am
dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr.
Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu
kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh
tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja
Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan
sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti
terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya
segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad
itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar
kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik
berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan
baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah
pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah
Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La
Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan
tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah)
oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale
De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille
bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa
kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang
mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu
ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.
Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui
kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang
mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu
bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun
meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu
dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun
1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun
sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di
hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat
membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan
tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba
menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah
ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran
diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya
membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa
tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian
Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut)
pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan
kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun
tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel
dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”.
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada
disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun
selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus
mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu
dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun
sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh
bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan
membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille
mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu
supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu
dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus:
92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar
tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima
akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju
meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan
keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata:
“Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar
beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke
Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya
menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah
diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the
Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern
Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai
Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari
dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan
Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil
terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun
kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan
segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan
dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak
lagi al-Quran benar-benar kalam Allah
Tiada ulasan :
Catat Ulasan